• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Rampas Dokumen, Akan Panggil Beberapa Saksi

oleh AK-47
30/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah memulakan siasatan ke atas pembelian sebuah lagi hotel di di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC) pada 2014.

SPRM dalam satu kenyataan media berkata, Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pembelian hotel itu yang disyaki dibeli pada harga lebih tinggi berbanding pasaran.

“Kertas siasatan berhubung pembelian hotel itu dibuka susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini.

“Pasukan penyiasat telah pergi ke enam lokasi di Kuala Lumpur serta Kuching, Sarawak hari ini untuk mengumpul maklumat berhubung pembelian hotel tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, SPRM turut merampas dokumen-dokumen berkaitan yang dipercayai mempunyai maklumat berhubung pembelian hotel tersebut dan akan meneliti kesemua dokumen berkenaan.

Jelas SPRM, ia bertujuan mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa kerana maklumat awal mempercayai FIC membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal hingga mengakibatkan kerugian ratusan jutaan ringgit.

“SPRM juga akan memanggil beberapa orang saksi penting dalam masa terdekat bagi tujuan merakam percakapan untuk mendapatkan maklumat serta bukti yang kukuh sebelum tindakan lanjut diambil dalam masa terdekat,” kata SPRM. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Dzulkifli AhmadSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd