• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status Bumiputera Tak Pernah Bincang Dalam Kabinet

oleh AK-47
27/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk mengiktiraf komuniti India Muslim di Malaysia sebagai Bumiputera tidak pernah dibangkitkan atau dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata isu itu telah dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan sendiri dan keputusan  mengenai cadangan itu perlu dipertimbangkan dan dibincangkan dengan sewajarnyan  kerana ia melibatkan dasar negara.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata parti komponen Barisan Nasional (BN) mempunyai saluran sendiri untuk membangkitkan apa-apa perkara atau bantahan jika mana-mana pihak mempunyai perbezaan pendapat berhubung isu atau dasar negara.

“Ini bukan satu isu, perkara itu tidak pernah dibangkitkan atau dibincangkan dalam Kabinet ataupun di peringkat BN. Hentikan daripada memainkan isu itu dan saya fikir penekanan perlu diberi kepada usaha mengukuhkan perpaduan nasional menjelang sambutan Hari Merdeka tidak lama lagi,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan  inisiatif “Internet+” skim pengajaran dan pembelajaran pintar pendidikan Cina, di sini hari ini.

Minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengkaji dengan mendalam permintaan komuniti India Muslim untuk diiktiraf sebagai Bumiputera.

Najib berkata, bagaimana ia akan dilaksanakan memerlukan kajian lanjut dari segi pentadbiran atau pewartaan.

Mengulas mengenai Internet+ yang merupakan inisiatif terbaharu Jalur dan Laluan MCA, Liow berkata perisian terbaharu itu adalah sistem e-pembelajaran lengkap dengan bahan-bagan pembelajaran yang komprehensif dan fungsi siaran langsung khas untuk mengajar subjek Cina.

Beliau berkata setakat ini 14 sekolah menengah kebangsaan atau jenis kebangsaan dan sekolah menengah persendirian Cina telah dipilih bagi projek perintis tersebut.

“Sistem itu juga telah dirumus khas berdasarkan sukatan pelajaran sekolah menengah di Malaysia , jadi tidak ada apa-apa isu yang dibangkitkan mengenai pengiktirafan sistem tersebut,” kata beliau.

Inisiatif itu meruipakan kerjasama antara MCA, Huaqiao University, China dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiMCA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Orang Melayu Lebih Takut Hantu Berbanding Orang Jahat – Aktivis PH

Orang Melayu Lebih Takut Hantu Berbanding Orang Jahat – Aktivis PH

14/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial dan pengulas politik pro Pakatan Harapan (PH), Ahmad Faizuddin mendakwa orang Melayu lebih takut...

Legenda Badminton Negara Lee Chong Wei Hadir Beri Sokongan Kepada Calon BN DUN Layang-Layang

Legenda Badminton Negara Lee Chong Wei Hadir Beri Sokongan Kepada Calon BN DUN Layang-Layang

10/07/2026
0

KLUANG - Legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei hadir memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) di Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd