• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sedia Bantu Selesai Krisis Qatar Jika Diperlukan

oleh Ahmad Albab
27/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak menolak apa jua jalan untuk membantu menyelesaikan krisis Qatar dengan beberapa negara Teluk, sekiranya diperlukan, kata Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Bagaimanapun buat masa ini, katanya, peluang patut diberikan terlebih dahulu kepada Kuwait sebagai negara pengantara dalam menangani krisis berkenaan.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata ini juga merupakan pendirian Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dianggotai 57 negara Islam.

“Kita pantau secara dekat dan insya-Allah kalau diperlukan, hubungan yang telah kita wujudkan (dengan negara-negara teluk terlibat) boleh membantu dan meletakkan Malaysia dalam posisi yang bukan sahaja strategik tetapi boleh memainkan peranan lebih mendalam (dalam membantu menanggani krisis tersebut),” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) yang ingin tahu  sama ada Malaysia bersedia sekiranya diminta untuk menjadi orang tengah.

Krisis bermula apabila Mesir, Emiriyah Arab Bersatu dan Bahrain yang diketuai Arab Saudi memutuskan hubungan laut, darat dan udara dengan Qatar pada bulan lepas kerana negara-negara berkenaan mendakwa Qatar menyokong keganasan, mengganggu hal ehwal dalaman negara lain dan berusaha menjalinkan hubungan baik dengan dengan Iran yang merupakan seteru Arab Saudi.

Qatar menafikan dakwaan itu dan menolak senarai 13 tuntutan dikemukakan blok Arab sebagai syarat untuk meneruskan kembali hubungan diplomatik.

Hishammuddin menegaskan Malaysia bagaimanapun mesti mempunyai fakta tepat sekiranya mahu memainkan peranan untuk membantu kerana krisis itu tidak berlaku dalam sekelip mata, tetapi daripada pengalaman negara-negara  yang terlibat berpuluh tahun.

Kepada soalan tambahan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai peranan OIC dalam krisis itu dan sama ada Malaysia akan membangkitkannya dalam mesyuarat OIC, Hishammuddin berkata pada masa ini Kuwait lebih sesuai membangkitkan perkara berkenaan pada mesyuarat OIC.

Beliau berkata negara-negara OIC  pada sesi ke-44 Majlis Menteri-Menteri Luar OIC di Azerbaijan baru-baru ini bagaimanapun berkata sesi itu bukan platform terbaik untuk berbincang  dan berpendapat ia lebih kepada isu dalaman.

Hishammuddin berkata rakyat Malaysia tidak perlu gusar kerana krisis itu tidak menjejaskan dasar dan hubungan Malaysia dengan negara-negara terlibat sama ada dari segi politik atau ekonomi.

“Malaysia akan terus meningkatkan kerjasama dengan kerajaan negara-negara Teluk sambil berharap konflik itu dapat diselesaikan dengan baik,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: krisis QatarMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd