• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Didakwa Gaji 21 Pendatang Asing

oleh Ahmad Albab
27/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Seorang majikan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengambil 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) bekerja di kilang sebuah syarikat memproses makanan sejuk beku.

Tertuduh, Leong Siew Seong, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Mengikut pertuduhan, Leong yang juga pengarah Hup Soon Frozen Food Sdn Bhd, didakwa melakukan kesalahan itu di Kawasan Perindustrian Chandan Raya, Menglembu di Kinta setelah mengambil seramai 21 PATI yang tidak memiliki pas sah, bekerja di premis tersebut ketika serbuan pada 9.20 pagi, 1 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 55(3) Akta Imigresen 1959/63, yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang enam bulan tetapi tidak lebih daripada lima tahun atau boleh juga dikenakan sebatan.

Pendakwaan yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Perak mencadangkan supaya tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Fey Aqis Mohd Khairuddin dan Yee Siu Kai yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya perlu menyara isteri dan tiga anak kecil.

Hakim kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 5 Sept untuk sebutan semula.

Leong dibebaskan setelah membayar wang jaminan – BERNAMA

Tags: majikanpendatang asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

Majikan Diberi Tempoh Hingga 31 Mei Carum Pekerja

Majikan Diberi Tempoh Hingga 31 Mei Carum Pekerja

15/05/2024
0

SHAH ALAM - Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei ini untuk mendaftar dan mencarum pekerja mereka secara sukarela dengan Pertubuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd