• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kutipan Tol Elektronik Penuh Di LPT1 14 Ogos

oleh Ahmad Albab
26/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Anih Berhad, pemegang Konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) kini dalam peringkat akhir persediaan untuk melaksanakan sepenuhnya Sistem Kutipan Tol Elektronik (ETC) di lebuh raya berkenaan bermula 14 Ogos ini.

Naib Presiden II dan Timbalan Ketua Pengurusan Tol Anih Berhad Ismaliza Ibrahim berkata secara keseluruhannhya kesemua 57 lorong di sembilan buah plaza tol di sepanjang LPT1 bermula dari Karak  (Km76.1) sehingga Jabor (Km250.6)  telahpun dilengkapi dengan sistem ETC.

Setakat bulan ini pengunaan ETC di plaza tol di sepanjang LPT1 telah meningkat sehingga 80 peratus dan  kempen berterusan akan diadakan dilakukan untuk memastikan 20 peratus pengguna lebuh raya itu bersedia termasuk mempunyai kad Touch ‘n Go apabila sistem itu dilaksanakan kelak, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Pengurus Operasi Anih Berhad Md Izani @ Afzanizam Kasnin berkata syarikat itu menyediakan penjualan kad Touch ‘n Go Plaza Tol Karak, Plaza Tol Temerloh dan Plaza Tol Kuantan selain di kawasan rehat dan rawat (RSA) Genting Sempah.

“Selain itu kad turut dijual di Stesen Minyak Shell RSA Temerloh dan Stesen Minyak Petronas RSA Gambang di kedua-dua belah arah. Semua sembilan buah plaza tol yang berkenaan juga menyediakan perkhidmatan tambah nilai,” katanya.

Beliau berkata hasil tinjauan  mendapati segelintir pengguna  lebih gemar menggunakan transaksi secara tunai kerana  beranggapan baki duit dalam kad akan tamat tempoh dan hilang memandangkan mereka hanya menggunakannya sekali sekala sahaja.

“Tiada tarikh tamat tempoh terhadap baki nilai dalam kad Touch ‘n Go,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tol
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd