• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Atur Program Ziarah, Bimbingan Kepada Jemaah Haji

oleh Ahmad Albab
26/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADINAH – Tabung Haji (TH) mengatur pelbagai program ziarah dan bimbingan agama bagi meningkatkan kefahaman serta membantu jemaah haji Malaysia musim 1438 Hijrah menunaikan rukun Islam kelima itu dengan sebaik mungkin.

Pengurus Ibadah Madinah 1438 Hijrah, Mohd. Razali Zakaria berkata taklimat mengenai kedua-dua program itu disampaikan sebaik jemaah haji tiba di kota suci berkenaan, memandangkan Madinah al Munawarah mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan.

“Program bimbingan Tabung Haji adalah setaraf dengan program yang dikendalikan pakej swasta, manakala program ziarah dibahagikan kepada dua iaitu ziarah dalam dan ziarah luar,” katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Beliau berkata melalui program bimbingan itu, petugas TH akan memberikan penerangan mengenai ibadah haji serta menjawab setiap permasalahan yang dikemukakan jemaah haji mengenai ibadah tersebut.

Sementara itu, beliau berkata melalui program ziarah dalam, jemaah akan berada di Masjid Nabawi dan ditunjukkan kawasan Raudhah, serta menziarah makam Rasulullah SAW sebelum dibawa ke Perkuburan Baqi.

Sementara program ziarah luar pula, beliau berkata jemaah haji akan dibawa menziarah tempat bersejarah seperti Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Makam Syuhada Uhud dan Masjid Tujuh.

“‘Program ziarah luar Tabung Haji ini adalah tempat ziarah yang terpilih,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata beberapa pelajar Malaysia yang menuntut di Madinah, akan membantu petugas TH dalam program ziarah luar melalui penerangan terhadap tempat-tempat sejarah tersebut.

Pada program ziarah hari ini, jemaah haji lelaki dibawa memasuki Masjid Nabawi melalui pintu Babus Salam, menziarah Makam Rasulullah SAW sebelum dibawa ke Perkuburan Baqi. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd