• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Viral Isu Jantina, Sajat Anggap Ada Pihak Iri Hati

oleh
26/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEMPAR beberapa hari lepas identiti sebenar usahawan kosmetik terkenal ini terbongkar berikutan foto yang dimuat naik oleh pihak tidak bertanggungjawab!

Namun, Nur Sajat memandang positif terhadap pendedahan kononnya itu adalah identiti dan nama sebenarnya seperti mana yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

BACA : Opss…Jantina Nur Sajat Kini Disiasat Netizen!

Sajat berkata, isu seperti itu menjadi viral berikutan terdapat pihak yang tidak senang dengan kejayaan yang digapai terutama dalam bidang perniagaan kecantikan yang diusahakannya.

Foto yang dikatakan nama sebenar Sajat iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menjadi perhatian netizen sehingga mencetuskan spekulasi terhadap jantina usahawan tersebut.

“Saya anggap semua ini sebagai resam apabila kita sudah mencapai sesuatu.  Saya tahu ada yang tidak senang dengan pencapaian saya.

“Apabila saya sudah berjaya, baru semua ini timbul, kenapa tidak ketika saya bukan siapa-siapa dan tidak ada apa-apa dulu?” katanya memetik salah sebuah portal online.

Berikutan isu tersebut, dengan nada yang agak berseloroh Sajat menganggap dirinya adalah sebutir ‘permata’ yang terpilih untuk menjadi perhatian sehingga begitu ramai yang ingin mengambil tahu tentangnya.

Sajat sedikit pun tidak mengambil kisah apa yang berlaku malahan dia lebih berminat untuk memberi fokus yang penuh bagi melebarkan perniagaannya yang sedang meningkat naik.

Tambahnya lagi, apa yang lebih penting baginya masa kini adalah restu ibu bapa dan niat untuk membesarkan kedua-dua anak angkatnya, Syaza dan Syahmi.

Dalam pada itu Sajat mendedahkan dia ada menerima pelawaan berlakon filem dan merakamkan single tidak lama lagi. Adakah single tersebut bakal ‘meletup’ seperti ‘I Am Me’? Nantikan… – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Tags: jantinakosmetiklelakiNur Sajatperempuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd