• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Politik Perlu Bijaksana, Berhikmah

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggesa ahli politik di negara ini untuk berpolitik secara beradab dan tidak bermusuhan sekalipun berbeza pendapat.

Katanya dalam sebuah negara demokrasi, pemimpin, ahli politik dan rakyat berhak memberi pandangan, menegur dan mengkritik pemerintah, namun perlu dibuat secara beradab dan bukannya dengan caci maki serta fitnah.

“Tidak perlulah kerana perbezaan politik kepartian kita bermusuhan. Itu bukan politik beradab. Yang kita perlu sekarang ialah berpolitik secara fakta dan data.

“Inilah yang kurang dalam politik kita sehingga ada kalanya menyebabkan adab berpolitik kita mati,” katanya dalam catatan di laman blognya hari ini.

Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata agama sendiri menolak perilaku politik cacian, kebencian dan dendam kerana ia merosakkan pemikiran politik rakyat, menghasilkan pemimpin tidak bermutu, mengganggu keharmonian masyarakat, menjejaskan pembangunan politik negara dan merosakkan pembinaan tamadun bangsa.

Justeru, katanya anggota politik perlu bersikap bijaksana dan berhikmah dalam mengambil sesuatu keputusan politik, selain memanfaatkan ruang awam secara rasional.

“Semoga dengan mengamalkan politik beradap, kita boleh berperanan secara bersama dalam membangunkan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruakpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

10/09/2026
0

SAHABAT orang Melaka kata Penyatuan Ummah bukan payah ‘benau’. UMNO dan PAS umum sahaja jalin kerjasama politik, maka terjadilah Penyatuan...

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd