• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dzulkifli Tak Minat Jadi Ahli Politik Atau Selebriti

oleh AK-47
24/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad menegaskan beliau tidak berminat untuk menjadi ahli politik mahupun selebriti.

“Saya tidak berminat dengan kedua-duanya sekali (menjadi ahli politik atau selebriti) kerana saya seorang penjawat awam yang mempunyai tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya dalam SPRM.

“Dia (Saifuddin) tidak perlu takut kerana sememangnya saya tidak berminat jadi ahli politik,”katanya dalam sidang akhbar majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Polis Diraja Malaysa di Pusat Latihan Polis, di sini hari ini.

Dzulkifli berkata demikian bagi menjawab sindiran Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan beliau seperti ahli politik atau selebriti yang hanya mahu mendapat perhatian media apabila memperkenalkan IBR.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata SPRM memerlukan sokongan masyarakat secara menyeluruh dan turun padang dengan menjalankan program membanteras rasuah dan salah guna kuasa.

“Semua orang kena memainkan peranan masing-masing kerana kita hendak melahirkan masyarakat yang berani untuk mengatakan tidak kepada rasuah.

Jadi kalau itu sebab saya jumpa rakyat menjalankan kempen di sana sini untuk memastikan pemahaman rakyat tentang isu rasuah kalau itu dikatakan selebriti nak buat macam mana?,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dzulkifli AhmadSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd