• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Amaran Banjir Di Pantai Timur Beroperasi Nov

oleh Ahmad Albab
24/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penduduk di pantai timur akan dimaklumkan seminggu sebelum banjir melanda apabila Program Sistem Amaran Awal Banjir (Prab) mula beroperasi November ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pada masa ini sebanyak 350 stesen hidrologi sedang giat dipasang di kawasan lembangan sungai di Kelantan, Pahang dan Terengganu bagi membolehkan sistem berkenaan beroperasi.

“Sistem yang berpusat di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ini boleh meramal banjir seawal tujuh hari berbanding sistem sedia ada sekarang iaitu seawal tiga hari,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya JPS di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JPS, Datuk Seri Zulkefli Hassan.

Katanya sistem yang akan dikawal oleh Pusat Ramalan Awal Banjir Negara (PRABN) di bawah JPS ini akan berfungsi dengan menyerap data hujan daripada radar melalui stesen hidrologi yang dipasang di kawasan yang dikesan selalu berlaku banjir.

Wan Junaidi berkata data yang dikumpul kemudian disalurkan kepada agensi berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi menghadapi banjir yang akan melanda.

“Sistem ini boleh meramal lebih awal bila banjir akan berlaku dan sebesar mana impaknya berdasarkan data dari radar yang diperolehi, Jadi pihak berkenaan mempunyai masa yang banyak untuk membuat persediaan termasuk urusan memindahkan orang ramai sebelum banjir terjadi,” katanya.

Beliau berkata sistem yang mendapat kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia INI akan diperluaskan seluruh negara kelak.

Prab di tiga negeri itu dijangka siap sepenuhnya tahun depan tetapi sudah boleh beroperasi mulai November ini, katanya. – BERNAMA

Tags: amaranBanjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Beri Amaran Jangan Hasil Dan Sebar Kandungan 3R

MCMC Beri Amaran Jangan Hasil Dan Sebar Kandungan 3R

03/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran tegas kepada semua pihak supaya tidak menghasilkan atau menyebarkan...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd