• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Buka 8 Kaunter Kewangan Di Madinah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADINAH – Tabung Haji (TH) membuka lapan kaunter kewangan di sini, bagi memudahkan jemaah haji Malaysia membuat pengeluaran wang serta membayar dam dan korban untuk musim haji 1438 Hijrah.

Pengarah Operasi Kewangan Tabung Haji 1438H, Anisuati Yahya berkata lapan kaunter berkenaan, ​​​masing-masing empat di Hotel Anwar Al-Madinah Movenpick dan Hotel Al-Haram, dibuka bermula Sabtu lepas.

“Tabung Haji juga menyediakan kaunter bergerak di lima lokasi yang tiada perkhidmatan kaunter kewangan, namun bergantung kepada permintaan,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Anisuati berkata jemaah haji boleh membuat pengeluaran wang dengan hanya menggunakan lencana pengenalan diri, dan had transaksi sehari adalah SR5,000.

“Kita sudah menjalankan simulasi di kaunter kewangan sejak beberapa hari lepas dan tidak menghadapi sebarang masalah,” katanya bahawa pengeluaran wang tunai dalam SR (Saudi Riyal)  adalah mengikut nilai pertukaran semasa ringgit (SR1 = RM1.14).

Dalam pada itu, beliau berkata kadar ditetapkan bagi dam kibas adalah SR440, manakala dam lembu SR3,500, sementara kadar mengerjakan korban kibas SR450 dan korban lembu SR4,150.

Anisuati berkata kaunter kewangan berkenaan dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 12 tengah hari; 4.30 hingga 6 petang; dan 8 hingga 10 malam.

Beliau berkata 45 kakitangan kewangan akan bertugas sepanjang musim haji 1438H di Madinah dan Makkah.

Sementara itu, TH mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat pada Ahad malam, bagi memohon daripada Allah SWT supaya operasi haji musim 1438H berjalan lancar.

Majlis berkenaan dipimpin Ustaz Suhaimi Samad. Turut hadir Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan), Nurrin Anuwar Shamsuddin. – BERNAMA

Tags: MadinahTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd