• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambahan Lapan Hotel Haji Malaysia Di Madinah

oleh Ahmad Albab
21/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADINAH – Tabung Haji (TH) menyediakan tambahan lapan hotel penginapan di sini untuk menempatkan jemaah haji Malaysia berikutan pertambahan kuota daripada kerajaan Arab Saudi bagi musim haji 1438H.

Pengarah Operasi Haji Madinah 1438H, Mohd Zawawi Bostam berkata pada tahun lepas, TH menyediakan tiga bangunan penginapan, dan pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan hotel bagi menampung jemaah haji Malaysia di kota suci ini kepada 11 buah, tahun ini.

“Hotel penginapan ini bertaraf tiga dan empat bintang. Jarak bangunan penginapan (11 hotel) ini dengan Masjid Nabawi adalah antara 50 dan 300 meter,” katanya pada sidang media di Pejabat Operasi Haji Madinah, Jumaat.

Beliau berkata kesemua hotel berkenaan dibahagikan kepada tiga zon berbanding dua zon pada tahun lepas, dengan pelbagai perkhidmatan disediakan seperti pejabat perkhidmatan kebajikan jemaah haji, kaunter pengeluaran wang, penghantaran bagasi, klinik dan kaunseling.

Mohd Zawawi berkata pada musim haji tahun ini, 600 petugas TH melibatkan pelbagai sektor akan memberikan perkhidmatan kepada jemaah haji, dengan 205 orang akan ditempatkan di Madinah, manakala selebihnya di Makkah.

Katanya pejabat operasi itu dibuka secara rasmi  pada Jumaat, bagi memberikan perkhidmatan kepada 50 peratus daripada jumlah keseluruhan 30,200 jemaah haji Malaysia, yang tiba di Madinah dari tanah air bagi fasa pertama, manakala baki 50 peratus akan berada di sini, selepas selesai mengerjakan ibadah haji.

Dalam pada itu, Mohd Zawawi menasihatkan jemaah haji agar tidak panik dan mengikut arahan petugas TH supaya segalanya berjalan lancar sepanjang berada di Madinah dan Makkah.

“Saya ingin menasihatkan kepada jemaah haji supaya memastikan semua dokumen peribadi seperti pasport, buku laporan kesihatan dan lain-lain disimpan di dalam beg sandang.

“Kita tidak mahu apabila ditanya…semua dokumen itu telah disimpan di dalam beg besar dan dihantar ke ruang bagasi pesawat. Jangan panik, bertenang dan ikut arahan petugas Tabung Haji. Kita datang ke sini (Tanah Suci) untuk beribadat dan harus bersangka baik…banyak-banyak berdoa,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata TH sudah bersedia menerima kedatangan jemaah haji Malaysia di sini, secara berperingkat bermula 24 Julai. – BERNAMA

Tags: hotelMadinah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tamim Dahri Berada Di Madinah?

Tamim Dahri Berada Di Madinah?

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu akaun di platform Threads menggunakan nama Tamim Dahri menimbulkan persoalan apabila memuat naik rakaman...

Ikrar Bawa Tanglung Rupanya Seludup Rokok, Arak Bernilai RM9 Juta

Remaja Tidur Di Hotel 6 Hari, Sebelum Berjaya Larikan Diri

18/01/2024
0

Hulu Selangor: Remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang dari surau perumahan Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd