• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Jalin Kerjasama Dengan Hokkaido FC

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melakar sejarah dengan menjalinkan kerjasama dengan sebuah lagi pasukan terkemuka luar negara, Hokkaido FC.

Kelab bola sepak di Jepun itu akan menjalin kerjasama dalam aspek latihan kepada pemain belia JDT.

Laman Facebook Johor Southern Tigers memberitahu, satu pertemuan telah diadakan oleh kedua-dua pihak baru-baru ini.

“Pengurus Besar Hokkaido FC, Hirokatsu Mikami dan Ketua Pegawai CRM, Kazuki Ikehata telah bertemu dengan Ketua Pegawai Pemasaran Southern Tigers Sdn. Bhd., Encik Ahmad Yani Bin Ismail.

“Perbincangan itu melibatkan usaha sama penghantaran pemain-pemain belia pasukan JDT untuk berlatih di negara Jepun,” kata Johor Southern Tigers hari ini.

Menurut Johor Southern Tigers, Hokkaido FC antara kelab bola sepak terkenal di Jepun yang melahirkan ramai pemain ternama di negara itu.

Antaranya, pemain Piala Dunia, Shinji Ono, pemain pertahanan Gamba Osaka, Yasuyuki Konno dan pemain skuad Olimpik Jepun, Tatsuki Nara serta Takuma Arano.

“Pemain yang paling menyerlah dan pernah memakai jersi mereka adalah penyerang Brazil, Hulk yang pernah menyertai kelab yang berpangkalan di Hokkaido itu seawal usia 18 tahun,” kata Johor Southern Tigers.

Kerjasama itu diharap dapat meningkatkan standard dan kualiti pemain tempatan dan seterusnya membantu meningkatkan mutu bola sepak Malaysia ke tahap yang lebih baik.

Tags: JDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd