• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pastikan Kadar Pengangguran Tak Meningkat

oleh AK-47
19/07/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia akan memastikan kadar pengangguran di Malaysia tidak meningkat sehingga mencecah empat peratus, kata Menterinya Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Menurutnya, kadar pengangguran negara pada masa ini ialah 3.5 peratus, meningkat daripada 3.4 peratus pada tahun lepas.

“Kementerian Sumber Manusia akan pastikan kadar pengangguran tidak terus meningkat.

“Ini kerana negara yang mempunyai kadar pengangguran empat peratus ke bawah dianggap sebagai full employment (guna tenaga penuh),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Maklumat Pasaran Buruh: Tren dan Cabaran serta projek Gudang Data Maklumat Pasaran Buruh (LMIDW) di sini hari ini.

LMIDW merupakan pangkalan data berpusat bagi maklumat pasaran buruh. Ia yang menyokong era Analitik Data Besar (BDA) merangkumi pelbagai maklumat berkaitan petunjuk pasaran buruh merentasi pelbagai kementerian dan agensi.

Kategori data yang terkandung dalam LMIDW termasuklah pengesanan graduan, majikan, kekosongan jawatan, data orang kompeten dan kemalangan industri.

Riot turut melahirkan keyakinan bahawa Malaysia akan mencapai sasaran 35 peratus pekerja mahir menjelang 2020.

Menurutnya, pada masa ini peratus pekerja mahir di Malaysia adalah 31 peratus berbanding 28 peratus pada tahun 2015. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Richard Riot Jaem
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pistol Riot Hilang, Ditemukan Di Wisma Seberkas

20/05/2018
0

KUCHING – Sepucuk pistol separa automatik jenis Smith and Wesson yang ditemukan di dalam tandas Wisma Seberkas Rabu lepas disahkan...

Sasaran 35% Tenaga Mahir Pada 2020 Boleh Dicapai

20/07/2017
0

JOHOR BAHRU - Sasaran untuk meningkatkan tenaga kerja mahir negara daripada 28 peratus pada 2015 kepada 35 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang, tidak mustahil dicapai. Ini kerana berdasarkan peratusan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd