• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasaran 35% Tenaga Mahir Pada 2020 Boleh Dicapai

oleh Ahmad Albab
20/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sasaran untuk meningkatkan tenaga kerja mahir negara daripada 28 peratus pada 2015 kepada 35 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang, tidak mustahil dicapai.

Ini kerana berdasarkan peratusan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2016, tenaga kerja itu dilihat sudah berada pada kadar 31 peratus, sekaligus menjadi bukti bahawa sasaran tersebut mampu terlaksana, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

“Kita hanya perlu berusaha lebih lagi dalam tempoh tiga tahun ini. Selain itu, kita menjangkakan sebanyak 1.5 juta peluang pekerjaan baharu akan wujud menjelang 2020, yang 60 peratus atau kira-kira 900,000 daripadanya memerlukan tenaga mahir dalam bidang teknikal dan vokasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jabatan Tenaga Manusia (JTM)-Samsung Tech Academy di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, turut diadakan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara JTM, Kementerian Sumber Manusia dan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berkebolehpasaran tinggi.

Menurut Riot, kerjasama sebegini adalah penting dalam membantu Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, seperti yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Setakat ini, terdapat 32 institut kemahiran berada di bawah JMT dan lapan daripadanya menawarkan sijil diploma dalam Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Untuk bersaing, kita memerlukan lebih ramai lagi tenaga kerja yang memiliki sijil kelulusan yang tinggi supaya mereka boleh pergi lebih jauh dan MoU ini merupakan tambah nilai kepada tenaga kerja tempatan untuk mendapat pendedahan teknologi terkini yang digunakan oleh syarikat-syarikat elektronik gergasi,” jelasnya.

Ini merupakan kerjasama ketiga antara JTM dengan pihak ILP dengan yang pertama adalah bersama ILP Kuala Lumpur pada 2014 dan ILP Kota Kinabalu pada 2015.

Sehingga kini, kedua-duanya telah melatih seramai 600 pelajar dalam kursus mengenal pasti dan memperbaiki televisyen pintar, telefon pintar, mesin basuh dan pembersih vakum yang ditaja sepenuhnya oleh Samsung. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Richard Riot Jaempekerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd