• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pistol Riot Hilang, Ditemukan Di Wisma Seberkas

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sepucuk pistol separa automatik jenis Smith and Wesson yang ditemukan di dalam tandas Wisma Seberkas Rabu lepas disahkan milik Anggota Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Denis Leong Soo Kuai.

Beliau berkata selepas menerima laporan kehilangan pistol itu dan siasatan dijalankan, pistol itu disahkan milik Riot.

“Setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan dan keterangan daripada Datuk Seri sudah diambil. Kes disiasat mengikut Seksyen 35 Akta Senjata Api 1960,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rabu lepas, seorang penyelia di Wisma Seberkas membuat laporan polis berikutan penemuan sepucuk pistol bersama enam butir peluru di dalam tandas bangunan berkenaan pada pukul 8 malam.

Sepasukan polis kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan dan pistol tersebut kemudian dibawa ke balai untuk siasatan lanjut bagi mengesan pemiliknya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Richard Riot Jaem
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sasaran 35% Tenaga Mahir Pada 2020 Boleh Dicapai

20/07/2017
0

JOHOR BAHRU - Sasaran untuk meningkatkan tenaga kerja mahir negara daripada 28 peratus pada 2015 kepada 35 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang, tidak mustahil dicapai. Ini kerana berdasarkan peratusan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia...

Pastikan Kadar Pengangguran Tak Meningkat

19/07/2017
0

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia akan memastikan kadar pengangguran di Malaysia tidak meningkat sehingga mencecah empat peratus, kata Menterinya Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd