• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Peruntuk RM2 Juta Biaya 303 Bakal Haji

oleh AK-47
17/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor memperuntukkan RM2 juta bagi membiayai 303 bakal haji rombongan kerajaan negeri tahun ini.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kesemua jemaah akan berlepasmenunaikan haji menerusi dua penerbangan pada 11 dan 12 Ogos ini.

“Tahniah saya ucapkan atas pemilihan dan peluang untuk mengerjakan haji. Pihak kerajaan negerimendoakan yang terbaik untuk tuan-tuan dan puan-puan semua, semoga dipermudahkan segala urusan dan diterima amalan,” katanya pada majlis meraikan bakal haji rombongan kerajaan Johor, di sini, hari ini.

Beliau turut berpesan kepada semua bakal haji supaya menjaga keselamatan dan kesihatan semasa berada di Tanah Suci.

Bakal haji juga diminta supaya menjalani ibadat dengan penuh penghayatan bagi memperoleh haji mabrur selain mendoakan kebaikan buat Malaysia, Johor dan seluruh masyarakat.

“Benar kerajaan negeri dan seluruh jentera kerajaan yang ada hari ini bekerja keras siang dan malam memikirkan bagaimanakah cara serta pendekatan terbaik untuk kita menjadikan Johor ini negeri terbaik.

“Usaha demi usaha kita gembleng dan laksanakan, namun, sebagai orang Islam, kita juga yakin dan percaya betapa doa itulah senjata dan kekuatan terbaik kita,” katanya.

Sementara itu, seorang bakal haji, Pauziah Ali, 60, melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada kerajaan Johor kerana memberikannya peluang menunaikan haji bersama suami, Saniman Sidin, 67.

Beliau yang berkerusi roda kerana lumpuh sebelah kanan badan sejak 4 Feb lepas, memohon untukmengikuti rombongan itu Mac lepas dan berharap mampu menunaikan ibadat dengan baik.

“Pada mulanya saya separuh hati hendak pergi atau tidak menunaikan haji, namun, saya akan meneruskan niat ini dan tawakal kepada Allah SWT,” katanya yang juga sedang menanti permohonan agar anak perempuannya, Nurzihan Saniman, 35, dapat sertai rombongan itu bagi membantu pelbagai urusannya di sana kelak. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

Pembinaan Kapal LCS Ikut Jadual, Penyerahan Pertama Disember 2026 – Khaled Nordin

Pembinaan Kapal LCS Ikut Jadual, Penyerahan Pertama Disember 2026 – Khaled Nordin

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kemajuan projek Littoral Combat Ship (LCS) berada pada tahap memuaskan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd