• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Sekolah Di Peshawar Tindakan Supraekstremisme

oleh Ahmad Albab
20/12/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia Syed Hassan Raza menyifatkan serangan pengganas terhadap sebuah sekolah di Peshawar sebagai tindakan supraekstremisme yang tidak berperikemanusiaan.

Beliau berkata kejadian tragik itu, yang mengorbankan lebih 100 kanak-kanak dan kakitangan sebuah sekolah kelolaan tentera, telah membangkitkan kemarahan dan kesedihan dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia.

“Insiden ini bukan sahaja menyentuh hati rakyat Pakistan. Mereka adalah jijik kerana orang yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa kemarahan mereka adalah orang yang sakit (dari segi mental),” kata beliau.

Syed Hassan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri upacara doa dan menyalakan lilin bagi mangsa di perkarangan Suruhanjaya Tinggi Pakistan di sini semalam.

Upacara itu dianjurkan Suruhanjaya Tinggi bagi membantu masyarakat Pakistan di Malaysia untuk meluahkan perasaan mereka dan bersatu ketika melalui masa yang sukar ini.

Syed Hassan berkata beliau telah memberi jaminan kepada rakyat Pakistan di Malaysia bahawa kerajaan Pakistan akan berusaha mengekang keganasan secara efisien.

“Kerajaan Pakistan sedang menyiasat dalang insiden itu dan berjanji untuk membawa pelaku jenayah itu ke muka pengadilan,” katanya.

Upacara itu menyaksikan kira-kira 200 orang berkumpul dalam suasana suram, dengan wakil masyarakat itu membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Lilin-lilin kemudian dinyalakan sebagai penghormatan kepada mangsa, sebelum mereka menunaikan solat Maghrib. – BERNAMA

Tags: Sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd