• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Nasihatkan Sekolah Di Kawasan Terjejas Teruk Jerebu Ditutup, Utamakan Keselamatan Pelajar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Agong Nasihatkan Sekolah Di Kawasan Terjejas Teruk Jerebu Ditutup, Utamakan Keselamatan Pelajar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihatkan supaya sekolah di kawasan terjejas akibat jerebu ditutup susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berpanjangan antara 150 hingga 180.

Seri Paduka Baginda menzahirkan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar sekolah berikutan keadaan jerebu yang sedang melanda negara.

Baginda bertitah, aspek kesihatan dan keselamatan murid serta pelajar perlu diberi keutamaan, selain menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan perhatian serius terhadap situasi berkenaan.

“Langkah sewajarnya perlu diambil oleh kementerian dan agensi yang berkenaan bagi melindungi murid dan pelajar, termasuk warga emas serta pesakit respiratori.

“Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan serta mengamalkan pemakaian pelitup muka dan mengurangkan sebarang aktiviti luar susulan keadaan jerebu,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Sultan Ibrahim turut menekankan kepentingan tindakan segera oleh pihak berkaitan bagi memastikan golongan berisiko tidak terdedah kepada kesan buruk pencemaran udara.

Semalam, kerajaan Johor mengumumkan penutupan sekolah selama dua hari atas titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara di seluruh negeri itu. – MYNEWSHUB

Tags: AgongDitutupJerebuKawasan Terjejas TerukKeselamatan PelajarNasihatkanSekolahUtamakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Kurnia Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Kepada 159 Penerima, Terima Menghadap Pengerusi IPCC

Agong Kurnia Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Kepada 159 Penerima, Terima Menghadap Pengerusi IPCC

08/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) Tahun 2026 kepada 159 penerima...

Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Susulan Jerebu

Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Susulan Jerebu

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Semua sekolah di seluruh Johor akan ditutup selama dua hari pada 8 dan 9 Oktober 2026 susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd