• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayar Hanya RM3, Tapi Layanan Bak Hospital VIP

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KISAH perkhidmatan hospital kerajaan sentiasa dihentam dan dikutuk bukan lagi perkara asing.

Namun bila bercakap tentang kebaikan sektor perkhidmatan awam ini, tak ramai pula yang ingin menyebarkan. Hanya tahu ‘disimpan rapi’ untuk pengetahun orang terdekat sahaja.

Pengalaman yang satu ini sangat membuka mata ramai pihak tentang kelebihan dan kebaikan yang ada pada para pekerja dalam bidang kesihatan ini.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita, Nurul Shazaina Zainudin yang bukan sahaja terkejut kerana mendapat bil yang tersangat murah iaitu RM3, malah layanan para doktor yang sangat baik.

“Tak sangka sangat bil Hospital Serdang sangat-sangat murah, saya jangkakan dalam RM300 lebih walaupun di hospital kerajaan sebab melibatkan pembedahan.

“Bila dapat bil, kos sebenar RM1,200 tapi perlu bayar RM3 sahaja,” tulisnya yang nyata terkejut dengan hal itu menerusi laman sosialnya.

Bukan itu shaja, dia turut memuji keadaan bilik yang sangat selesa meskipun cuma kelas tiga, namun makanan yang dihidangkan sedap selain sikap doktor yang cuba menggembirakan anaknya.

“Paling saya tersentuh doktor pakar dalam bilik bedah cuba gembirkan anak saya, macam-macam dia cerita.

“Bila anak dah tertidur, doktor tu suruh cium pipi anak dulu sebelum saya keluar. Nak menitis air mata tadi,” katanya lagi.

Perkongsian ini mendapat respon yang sangat positif daripada netizen lain. Mereka turut memuji servis hospital tersebut dan juga berkongsi pengalaman yang sama ketika berada di wad.

“Bersyukurlah dengan servis hospital kerajaan. We done our best and we don’t take extra money. Bayar yang perlu sahaja.

“Kepada yang maki-maki kami, fitnah kami ambil untung dengan perkhidmatan ni, mintak bertaubat eh,” kata seorang petugas awam.

Kesimpulannya, tak salah mengkritik demi kebaikan namun rasanya lain kali boleh menggunakan pendekatan lain yang lebih berkesan dan bukan cuma ditambah makian untuk puaskan rasa amarah sendiri.

Perkongsian seperi inilah yang patut disebarkan di mana-mana. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hospitalKerajaanmurah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kerajaan pada tahun 2003 pernah membatalkan semua peruntukan kepada...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd