• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendahulu Liga Super, JDT Terus Selesa Di Persada

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan penguasaan di persada liga setelah mencatat kemenangan ke-12 dari 16 perlawanan dengan menewaskan Sarawak 3-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Johor Bahru, malam tadi.

Penyerang berbisa, Mohammad Ghaddar muncul wira skuad Harimau Selatan apabila menyumbat dua gol pada minit ke-11 dan 15 sebelum Muhd Safawi Rasid menjaringkan gol ketiga pada minit ke- 77 untuk JDT membawa pulang tiga mata penuh manakala jaringan sagu hati Sarawak dijaringkan oleh Mohd Sahil Suhaimi pada minit ke-63.

Pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah terpaksa berkongsi mata dengan Selangor setelah mencatat keputusan seri 1-1 dan kekal di tangga kedua liga.

Jaringan skuad Lang Merah disumbangkan oleh penyerang dari Denmark, Ken Ilso Larsen pada minit ke- 16 manakala jaringan penyamaan The Red Giant dihasilkan oleh S. Veenod pada minit ke-29 yang menyaksikan keputusan itu kekal sehingga masa permainan tamat.

Wakil kelab, Felda United mengamuk di halaman sendiri apabila mengaibkan T-Team 5-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.

Gol The Fighter dijaringkan oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-23 dan jaringan hatrik Thiago Agusto (minit 46, 58, 78) serta Ifedayo Olesugun pada minit ke-88 sementara jaringan The Titan disumbangkan oleh Joseph Yannick pada minit ke-41.

Sementara itu, wakil pantai timur, Kelantan gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri selepas kecundang 0-2 kepada Perak pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Jaringan pasukan pelawat dihasilkan oleh Mohd Nazrin Nawi pada minit ke-28 dan penyerang prolifik dari Palestin, Yashir Pinto pada minit ke-80 untuk mengesahkan kemenangan skuad The Bos Gaurus.

Pada aksi di Stadium Shah Alam, Pahang berjaya mencuri tiga mata setelah membenam pasukan kelab, PKNS FC 3-1.

Anak buah Dollah Salleh membuka tirai jaringan pada minit ke-36 menerusi Sumareh Mohamadou sebelum penyerang utama Skuad Tok Gajah, Matheus Alves menyumbat dua lagi gol pada minit ke-62 dan 71 manakala gol PKNS dijaringkan oleh Muhammad Aliff Haikal (minit 82).

Dalam pada itu, pasukan tercorot, Pulau Pinang berjaya bangkit daripada episod suram apabila merakam kemenangan kedua mengatasi Melaka 3-2 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Gol Pulau Pinang dijaringkan oleh Mohd Faiz Subri pada minit kelima, Mark Andrew Hartmann (minit 54) dan S. Kumaahran (minit 61) manakala jaringan Melaka disumbangkan oleh Marko Simic pada minit ke-35 dan 88. – BERNAMA

Tags: JDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Memenangi Lapan Kategori Liga M Awards 2025-26

JDT Memenangi Lapan Kategori Liga M Awards 2025-26

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengungguli lapan kategori Liga M Awards 2025-26 yang berlangsung malam...

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC dengan keputusan 3-3 di Stadium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd