• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Cuba Baiki Imej Sebelum PRU14

oleh AK-47
14/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Struktur kepimpinan baharu Pakatan Harapan adalah usaha pembangkang untuk memperbaiki imej mereka sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata mereka cuba melindungi hakikat bahawa pakatan pembangkang itu sebenarnya dipimpin oleh DAP.

“Mereka sangka pilihan raya sudah dekat dan mereka kelam-kabut, mereka cuba mengeluarkan satu senarai kepimpinan yang sebenarnya menggambarkan mereka berhadapan dengan masalah dan cuba melindungi keadaan sebenar bahawa Pakatan Harapan dipimpin oleh DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang kini dalam siri jelajah negara, di Parlimen Ketereh di sini, hari ini.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh percaya pakatan itu tidak kukuh kerana pelantikan barisan pimpinannya tidak dibuat secara konsensus.

Semalam, Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan baharu yang diterajui Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi, Datuk Seri Anwar Ibrahim  (PKR-Ketua Umum) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Presiden).

Pakatan itu turut menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Amanah) sebagai Timbalan Presiden. – BERNAMA

Tags: pakatan harapanPRU14Tan Sri Annuar Musa.UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd