• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiba-Tiba Ajal Makan Kuih Koci Di Kedai…

oleh
16/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUIH koci merupakan makanan tradisional masyarakat Malaysia. Memang ramai yang gemarkan kuih yang berintikan kelapa ini…

Tetapi malang bagi seorang pengurus sebuah syarikat apabila beliau telah disahkan meninggal dunia ketika sedang menikmati kuih koci di sebuah kedai makan di Jalan Nong Chik, Taman Nong Chik, Johor Bahru, Johor.

Kejadian aneh itu dikatakan berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika mangsa, Mohd. Samsi Sapan, 56, yang berasal dari Kulai bersama-sama dengan tiga orang rakannya mahu menjamu selera di kedai tersebut.

“Mangsa telah tercekik semasa makan kuih koci dan tidak dapat bernafas. Mangsa telah dibawa oleh rakannya itu ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Aminah (HSA) di sini.

“Allahyarham kemudian disahkan meninggal dunia oleh doktor. Pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah atau khianat ditemukan,” kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais.

Difahamkan, Mohd. Samsi yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Mersing datang ke kedai itu selepas menziarahi jenazah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Mohd. Ali Hassan di Taman Nong Chik.

Mungkin secara kebetulan memang sudah ajal warga emas tersebut tiba-tiba kembali ke rahmatullah hanya kerana isu tercekik kuih koci.

Peringatan kepada semua agar berhati hati ketika makan dan sentiasa baca doa. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Bilion Ringgit Orang Sakau Kamu Tak Tahu… Tabung Haji, 1MDB”

“Bilion Ringgit Orang Sakau Kamu Tak Tahu… Tabung Haji, 1MDB”

22/07/2026
0

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal kerana masih ada pihak tidak mengetahui perbuatan sakau yang...

Jeming Hasan Mengaku Video Temu Bual Semalam Lakonan

Jeming Hasan Mengaku Video Temu Bual Semalam Lakonan

22/07/2026
0

SEREMBAN – Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Jeming Hasan mengakui video temu bual beliau dengan penduduk Negeri Sembilan semalam hanyalah satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd