• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kongsi Foto Hampir Bercium, Anis Pertahan Tindakan

oleh
13/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERDAHULU isu sneakers, kini isu gambar pula! Sekali lagi pelakon ini dikecam oleh peminatnya kerana memuat naik gambar intim bersama suami.

Pelakon, Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus atau lebih dikenali sebagai Anis Al-Idrus sekali lagi dikecam oleh peminatnya berikutan isu gambar intim bersama suami yang dimuat naik di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Menerusi gambar tersebut, pasangan yang bernikah pada 7 Julai lalu itu digambarkan seolah-olah ingin berkucupan.

Peminatnya beranggapan foto tersebut tidak manis untuk dikongsikan di laman sosial aktres terbabit.  Menurut mereka, adalah lebih afdal sekiranya ia disimpan sebagai koleksi peribadi sahaja.

Anis, 29, mempertahankan tindakannya itu kerana beranggapan bahawa aksi sebegitu adalah perkara biasa.

Anis turut menyatakan sebelum ini terdapat juga selebriti yang memuat naik gambar jauh lebih intim daripada apa yang dibuat olehnya.

“Secara peribadi, saya rasa gaya sebegitu tidak keterlaluan kerana sebelum ini pun ada selebriti yang memuat naik gambar jauh lebih intim berbanding apa yang saya lakukan. Bagi saya, ia perkara biasa,” ujar Anis memetik BH Online. 

Anis dan Mohd Rafzan telah selamat disatukan pada 7 Julai lalu di Shah Alam.

Pasangan ini memilih persalinan putih untuk majlis tersebut yang diserikan dengan kasut kanvas yang dipakai pengantin perempuan.

Kedua mempelai ini selamat diijabkabul oleh bapa pelakon tersebut, Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus bersaksikan imam dan jurunikah Masjid Al-I’tisam TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Amy Maizura

Tags: Anis Al-Idrusgambar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tukar Wajah Guna FaceApp Menyalahi Etika Kemanusiaan

23/06/2020
0

KUALA LUMPUR - Penggunaan aplikasi menukar wajah, FaceApp disifatkan sebagai menyalahi etika kemanusiaan walaupun ia sekadar gambar untuk tujuan keseronokan....

Pengguna Perlu Waspada Dengan #AgeChallenge

19/07/2019
0

NEW YORK - Lebih dua tahun lalu, aplikasi FaceApp yang membolehkan pengguna mengedit gambar untuk tampak lebih muda. Kini, ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd