• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Terhadap Peneroka Hutan Haram

oleh Ahmad Albab
13/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tindakan tegas undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melakukan penerokaan hutan secara haram di Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata pihaknya memandang serius tentang tiga laporan pencerobohan hutan di negeri ini dan melakukan pemantauan rapi bagi mengelak berlakunya hakisan tanah dan sungai tercemar akibat pencerobohan itu.

Tanpa menyatakan secara terperinci mengenai laporan itu, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa bertindak proaktif dengan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan pencerobohan hutan di seluruh negeri ini.

“Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pihak tidak bertanggungjawab itu didapati bersalah. Kerajaan negeri sentiasa menjalin kerjasama erat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi memastikan tiada unsur penyelewengan berlaku.

“Justeru itu, kerajaan negeri mengarahkan supaya semua aktiviti ekonomi dalam hutan dihentikan sementara termasuk perlombongan pasir selain menerima taklimat daripada Jabatan Perhutanan Melaka berkaitan kegiatan pencerobohan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri anjuran Mahkamah Syariah Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini. Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Othman Muhamad dan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Melaka Datuk Mohd Radzi Abd Latif.

Sementara itu, Idris meminta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri supaya sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan cuaca yang tidak menentu di negeri ini.

“Kita aktifkan jawatankuasa ini untuk memantau kawasan-kawasan berisiko terutamanya membabitkan banjir agar tindakan segera boleh dilaksanakan sekiranya berlaku bencana.

“Kita juga mengaturkan tempat-tempat berisiko yang sering dilanda bencana supaya agensi berkaitan dapat turun serta melihat keperluan serta persediaan bagi mengelak bencana itu daripada terus berulang,” katanya.

Dalam ucapannya, Idris berkata Mahkamah Syariah Melaka telah mengalami proses transformasi termasuk kemudahan fizikal, penyediaan alasan kehakiman bermutu, hakim yang berwibawa serta pengurusan pentadbiran yang cekap dan berkesan. – BERNAMA

Tags: hutanIdris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPS Bertambah, 1,813 Mangsa Dipindahkan Di Kedah

Kes Bunuh Warga Sri Lanka: 2 Suspek Dicekup Sembunyi Dalam Hutan

28/09/2023
0

KUALA LUMPUR: Dua suspek dikehendaki berhubung kejadian bunuh tiga warga Sri Lanka Khamis lalu ditahan ketika bersembunyi di dalam hutan...

Merajuk Lari Ke Dalam Hutan, Kanak-kanak 11 Tahun Ditemukan Selamat

Merajuk Lari Ke Dalam Hutan, Kanak-kanak 11 Tahun Ditemukan Selamat

11/07/2023
0

KOTA BELUD: Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang semasa melarikan diri ke dalam hutan di Kampung Dudar ditemukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd