• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

61,879 Pesakit Mental Terima Rawatan Ulangan

oleh Ahmad Albab
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seramai 61,879 pesakit mental mendapatkan rawatan secara ulangan di semua hospital di Perak sepanjang 2016 berbanding 56,981 orang pada tahun sebelumnya.

Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata antara faktor yang menyumbang ke arah peningkatan bilangan pesakit itu adalah tekanan, krisis kewangan, masalah rumah tangga dan persekitaran.

“Status kesihatan mental seseorang pesakit juga bertambah parah jika tidak mendapat sokongan daripada masyarakat dan kurang kemahiran daya tindak,” katanya ketika merasmikan Karnival Psikososial Rehabilitasi Peringkat Negeri Perak 2017 yang disertai tujuh Pusat Pemulihan Psikososial (PSR) di Dewan Kolej Sains Kesihatan Bersatu (KSKB) Sultan Azlan Shah di sini, hari ini.

Peka dengan peningkatan bilangan pesakit mental itu, katanya kerajaan menyediakan pelbagai pendekatan seperti kempen promosi kesihatan mental, saringan serta intervensi di peringkat kesihatan premier.

“Kita turut adakan pelbagai program yang memperkasa masyarakat untuk menangani tekanan selain melaksanakan bantuan asas psikologi semasa krisis,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mah berkata terdapat enam PSR dan satu Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (CMHC) di Perak yang menyediakan perkhidmatan saringan dan intervensi bagi merawat pesakit mental.

Lokasi PSR ialan di daerah Kinta, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang, Kuala Kangsar manakala CMHC pula beroperasi di Selama.

Kesemua PSR dikendalikan oleh pegawai perubatan, jurupulih perubatan cara kerja dan jururawat terlatih, katanya. – BERNAMA

Tags: PerakPesakit Mental
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd