• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAG Bantah Pendakwaan Ke Atas Siti Kasim

oleh Ahmad Albab
14/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) membantah pendakwaan yang dikenakan ke atas aktivis pembangkang dan peguam hak asasi manusia, Siti Kasim di Mahkamah Majistret di sini pada 23 Jun lalu.

JAG yang turut dianggotai Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS) dan Women’s Centre for Change (WCC) Penang berkata, pendakwaan itu merupakan satu penghinaan ke atas profesion perundangan.

Tegas JAG, Siti Kasim merupakan seorang peguam hak asasi manusia terkemuka yang giat membela hak pribumi, wanita dan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini.

“Perkara ini berlaku apabila beliau mempersoalkan kesahihan serbuan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah acara transgender yang tertutup.

“Siti Kasim telah memperkenalkan diri beliau sebagai peguam dan menjalankan tugas rasminya sebagai peguam dalam acara tersebut.

“Dakwaan yang dikenakan terhadap Siti Kasim satu penghinaan terhadap kebebasan profesion perundangan.

“Pendakwaan ini membimbangkan kerana merendahkan kemampuan peguam dalam mempertahankan hak klien mereka tanpa bimbang risiko akan ditangkap atau didakwa.

“Kebebasan para peguam untuk menjalankan tanggungjawab profesional mereka adalah penting untuk mempertahankan hak asasi manusia, mengangkat peranan undang-undang dan menegakkan keadilan,” kata JAG dalam satu kenyataan media hari ini.

JAG turut dianggotai Women’s Aid Organisation (WAO), All Women’s Action Society (AWAM), Association of Women Lawyers (AWL), Justice for Sisters, Perak Women for Women (PWW), Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO), Sisters in Islam (SIS) dan Tenaganita.

Siti Kasim pada 23 Jun lalu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghalang seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menyerbu sebuah program melibatkan transgender pada tahun lalu.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah menghalang pegawai Siti Nor Jihan Saleh @ Md Ghazali daripada menjalankan tugasnya pada 3 April, 2016 di Hotel Renaissance di sini

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Selain itu, JAG turut menyeru pihak kerajaan menghentikan undang-undang, polisi dan amalan yang mendiskriminasikan komuniti transgender termasuk menyerbu acara tertutup golongan transgender.

Menurut JAG, tindakan mendiskriminasi komuniti transgender itu mencabul perlindungan terhadap diskriminasi berasaskan gender seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Tindakan sedemikian turut mencabul hak asasi manusia yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa iaitu kebebasan daripada diskriminasi, hak untuk keamanan peribadi serta kebebasan bersuara seperti yang telah digariskan oleh Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR),” kata JAG. – MYNEWSHUB.CC

Tags: NGOsiti kasim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Laporan Klinik Kesihatan Bahasa Cina? NGO Gesa Tindakan Bawah Akta Bahasa Kebangsaan

Kad Laporan Klinik Kesihatan Bahasa Cina? NGO Gesa Tindakan Bawah Akta Bahasa Kebangsaan

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video mendakwa kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan bukan dalam bahasa Melayu tular...

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengapa tidak buat kenyataan minta siasat kuil haram dan laporan kewangan setiap kuil haram? Demikian persoalan dibangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd