• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Dinasihat Kemukakan Borang B Sebelum 15 Julai

oleh Ahmad Albab
12/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan daripada perniagaan dinasihatkan untuk mengemukakan Borang B Tahun Taksiran 2016 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum 15 Julai bagi mengelakkan penalti lewat hantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

LHDN dalam kenyataan hari ini menjelaskan menurut subseksyen 112(3) Akta Cukai Pendapatan 1967, kegagalan mengemukakan BNCP dalam tempoh yang dibenarkan boleh menyebabkan individu tersebut dikenakan penalti sehingga tiga kali ganda daripada amaun cukai yang ditaksirkan.

Menurut kenyataan itu, tarikh akhir mengemukakan borang tersebut ialah pada 30 Jun, namun LHDN memberi tambahan masa sehingga 15 Julai ini untuk pembayar cukai mengemukakan borang tersebut melalui kaedah e-filing.

“Ini bermakna mereka mempunyai kira-kira lima hari sahaja lagi untuk mengemukakan Borang B dan seterusnya menjelaskan semua bayaran cukai pendapatan Tahun Taksiran 2016 yang dikenakan,” menurut kenyataan itu.

Sehingga 30 Jun lepas, LHDN menerima sebanyak 336,382 Borang B Tahun Taksiran 2016 berbanding hanya 334,572 dalam tempoh sama tahun lepas, sekali gus menunjukkan peningkatan penerimaan borang tersebut sebanyak 0.54 peratus. – BERNAMA

Tags: LHDNpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di bawah Akta...

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd