• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Takkan Bini Mu Nak Makan Nasi Tak Boleh”

oleh AK-47
20/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bayangkan hanya kerana nasi, seorang lelaki sanggup berkasar dengan isteri dan mertua.

Dilaporkan bahawa kes yang berlaku di Negeri Che Siti Wan Kembang ini melibatkan seorang penganggur yang menampar mertua dan mengasari isterinya hanya kerana nasi, menyebabkan dia didenda RM3,000 oleh mahkamah majistret.

Menurut laporan Sinar Harian, tertuduh, Nik Mohd Luqman Abdullah, 23, mengaku salah dengan sengaja menyebabkan cedera kepada isterinya, Rosmanira Mahmood, 33, dengan menyepak, memukul dan menendang dengan kaki dan tangan sehingga kena di muka, tangan dan badan pengadu, Rabu lalu.

Tertuduh juga, mengaku menyebabkan cedera kepada ibu mertuanya, Rahana Mustapha, 57, dalam kejadian sama di sebuah rumah di hadapan Sekolah Kebangsaan Ketereh, di sini, pada jam 1.15 tengah hari itu.

Sebelum kejadian, pengadu menidurkan anak mereka yang berusia setahun lima bulan lalu tertidur. Bangun dari tidur, pengadu pergi ke dapur untuk makan nasi tetapi dipanggil suaminya di dalam bilik.

Tertuduh kemudian bertanya, “dia (pengadu) buat apa” dan pengadu memberitahu “dia hendak makan nasi,” namun suaminya berkata, “dia (tertuduh) sendiri belum makan nasi, takkan isteri mahu makan dahulu”.

Ibu pengadu yang juga ibu mertua tertuduh yang berada di ruang tamu kemudian menyampuk, “takkan bini mu nak makan nasi tak boleh”, menyebabkan tertuduh meluru dan menampar muka wanita itu.

Pengadu datang untuk leraikan keadaan, tetapi dia pula yang disepak, dipukul dan ditendang di kaki, tangan, muka dan badan.

Akibatnya, pengadu mengalami bengkak dan lebam di pipi dan sakit pada badan, manakala ibunya sakit di muka dan pecah serta berdarah di bibir.

Pada prosiding itu, tertuduh mengaku tidak mempunyai wang untuk menjelaskan denda. Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan dari tarikh dia ditahan. –MYNEWSHUB

Oleh: hzqahmd

Tags: kes pukulSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd