• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semakan Jadual Penerbangan Haji Menerusi THiJARI

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bakal jemaah haji kini boleh membuat semakan jadual penerbangan masing-masing menerusi aplikasi THiJARI 2.0 yang dilancarkan hari ini.

Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata perkhidmatan itu satu daripada penambahbaikan aplikasi THiJARI yang pertama kali dilancarkan pada 2014.

Selain semakan jadual penerbangan, beliau berkata pendeposit TH juga boleh mendapatkan nombor giliran secara dalam talian sebelum berurusan di kaunter cawangan TH berdekatan menerusi perkhidmatan MyQ TH, di bawah aplikasi yang sama.

“Aplikasi THiJARI 2.0 yang boleh dimuat turun menerusi Google Play dan App Store secara percuma akan memudahkan pendeposit kita yang melebihi sembilan juta membuat pelbagai urusan dengan TH hanya di hujung jari,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi itu dan Majlis Sambutan Aidilfitri TH di sini hari ini.

Selain itu, Abdul Azeez berkata aplikasi berkenaan turut membolehkan pendeposit menyemak status pendaftaran dan tawaran haji, mengemas kini akaun, pendaftaran dan semakan keahlian kelab TaHa, informasi berkaitan TH, direktori, berita terkini, promosi dan e-majalah.

Mengulas rancangan pembinaan kompleks penempatan untuk selurNewuh jemaah Malaysia di Makkah dan Madinah, Abdul Azeez berkata perkembangan terkini projek itu dijangka diumumkan selepas berakhir musim haji tahun ini.

“InsyaAllah, saya dan Datuk Seri Johan Abdullah (Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH ) akan meninjau tanah yang ditawarkan untuk kita membina sebuah kompleks penempatan untuk seluruh jemaah kita ,” katanya.

Beliau berkata penerbangan pertama jemaah haji ke Tanah Suci tahun ini dijadual pada 24 Julai, manakala penerbangan terakhir pada 24 Ogos, melibatkan 30, 200 jemaah Malaysia.

– BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azeez Nafi TH Langgar Akta Dalam Pemberian Hibah

11/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dakwaan bahawa pengurusan TH...

Rasuah: Reman Azeez, Abangnya Disambung 6 Hari

29/09/2018
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd