• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KIDS Anjur ‘Riang Ria Raya’ Untuk Anak-Anak Hidap Kanser

oleh Ahmad Albab
09/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 150 kanak-kanak yang berdaftar di bawah Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser (KIDS) dan keluarga mereka menghadiri ‘Riang Ria Raya’ untuk kanak-kanak penghidap kanser di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Presidennya Hamidah Tajudin berkata acara itu yang dianjurkan oleh KIDS bertujuan memperkukuh hubungan dalam kalangan anggotanya.

“Kami juga berharap acara ini dapat menceriakan anak-anak kanser terbabit memandangkan sebahagian mereka masih menjalani rawatan dan tidak digalakkan untuk keluar rumah dengan kerap,” katanya kepada Bernama.

Beliau turut menyeru orang ramai  tampil dan menghulurkan sumbangan sebagai sebahagian usaha  membantu kanak-kanak penghidap kanser daripada golongan miskin.

“Selain itu, objektif kami ialah menyediakan sokongan moral terutama untuk ibu bapa yang anak mereka baru sahaja dikesan menghidap kanser,” katanya menambah setakat ini KIDS mempunyai 320 anggota.

Sementara itu,  Badrunnisha Abdul Rahman meluahkan kegembiraan dapat meraikan sambutan raya bersama anak lelakinya.

“Saya berterima kasih kepada penganjur kerana mengadakan program ini. Kami cukup seronok hari ini,” katanya.

KIDS yang ditubuhkan oleh sekumpulan ibu bapa yang mempunyai anak penghidap kanser di Hospital Kuala Lumpur pada 2016 merupakan badan bukan kerajaan yang  bertujuan memberi sokongan kepada  keluarga menangani impak daripada penyakit itu. – BERNAMA

Tags: kanser
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd