• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kantoi! Ketua Biro Agama PKR Kata ‘Haram’ Bela Anjing

oleh
08/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA umat Islam di Malaysia terkejut dengan kisah seorang wanita Muslim bertudung membela anjing dalam rumah waima dibelai manja baru-baru ini, PKR tampil tegar mempertahankannya.

Bayangkanlah apabila Ketua Biro Agama PKR, Wan Ji Wan Hussin menerusi kenyataan pada 5 Julai lalu bukan sahaja menggemparkan masyarakat Islam, malah menyebabkan isu itu menjadi polemik perdebatan tidak sihat.

Netizen propembangkang bahkan biadab membidas pencerahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selain Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

Ramai tiba-tiba muncul jadi ulama dengan ‘dalil’ bodoh meskipun Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin sendiri yang selama ini cenderung hujah kontroversi pun turut bertegas kata haram sengaja sentuh anjing.

Namun, kecanggihan dunia teknologi semasa akhirnya berjaya membongkar rakaman video lama memaparkan Wan Ji rupa-rupanya pernah menegaskan hukum sengaja bela anjing tanpa sebab dibenarkan syarak adalah haram.

Ia dimuat naik menerusi laman YouTube pada 29 Oktober 2011 lalu yang menunjukkan beliau sendiri sedang ceria menjawab soal jawab berkaitan hukum fiqh mengenai ‘benarkah haram bela anjing’ dalam satu ceramah agama.

Baca: Tidak Haram Bela Anjing Sebagai Haiwan Peliharaan?

Juga: ‘Segeralah Bertaubat’ – KP Jakim Ulas Isu Bela Anjing

Lagi: Netizen Ini Dakwa Orang Melayu Patut Bela Anjing

Dan: Umat Islam Dilarang Pelihara Anjing Dalam Rumah

Ternyata menerusi video berdurasi 2 minit yang cuma ditonton kira-kira 8,000 kali itu, turut menyaksikan ada komen beberapa netizen antikerajaan dipercayai berfahaman liberalisme mengutuk Wan Ji sebagai ulama sesat!

“Ajaran sesat la dia ni!… ulamak ini ularmak! Mengong… ajaran sesat!” tulis netizen yang hanya menggunakan nama Mohd. Famin dan ia turut menunjukkan catatan ulasan berkenaan dimasukkan kira-kira lebih tiga tahun lalu.

“Dah tu… ko laa yang tak sesat? Kalau buta agama… tidak payah laa nak kata ulama sesat… dasar macai… ko ikut Ustaz Najib dengan Ustazah Rosmah kot?” kata netizen bernama Hani El Zahra merujuk perdana menteri dan isteri.

Itu cerita ketika zaman media sosial belum lagi tular manakala YouTube sendiri dianggap sesuatu yang nadir untuk diperkongsikan ramai netizen pada waktu tersebut sebagai mana fenomena keadaan sekarang sudah jauh berbeza.

Hakikatnya tidak sampai enam tahun kemudian, Wan Ji kini berubah pendirian sejak menyertai PKR dan kini membentuk blok pembangkang Pakatan Harapan diketuai DAP yang terkenal dengan agenda pluralisme agama.

Namun bayangkanlah jika mereka dapat memerintah negara kita, tidak dapat digambarkan bagaimana huru-hara isu sensitif berkaitan agama Islam diperkotak-katik dan disesuaikan mengikut kehendak cita rasa puak tersebut.

Nauzubillak min zalik. Jom kita lihat jawapan mantap Wan Ji berkaitan isu sengaja bela anjing dan fikir-fikirkanlah sejenak bagaimana beliau tiba-tiba boleh berubah pendirian dalam topik yang sama. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: anjing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd