• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Sepakat Campur Tangan Asing?

oleh AK-47
07/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS tidak menolak kemungkinan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepakat untuk melihat campur tangan kuasa asing ke atas Malaysia bagi mencapai cita-citanya menguasai pemerintahan negara ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Hishamuddin Abdul Karim berkata, ia ekoran Kit Siang merestui tindakan kleptokrasi Tun Dr. Mahathir Mohamad yang didakwa membayar Clinton Foundation untuk campur tangan dalam isu 1MDB.

Kata beliau, pandangan itu itu boleh juga dilihat dengan kecenderungan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkait dengan tindakan ketenteraan ke atas Malaysia.

“Kelantangan Penasihat DAP memperjuangkan isu kleptokrasi perlu diinterpretasikan juga terhadap dakwaan rasuah USD5 juta yang dilakukan Mahathir dan Tun Daim Zainuddin kepada Clinton Foundation untuk campur tangan dalam isu 1MDB. Ia sebagaimana rahsia yang ‘dibocorkan’ Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Kit Siang tidak perlu terus berhelah serta mengelak dengan membesarkan isu lain sedangkan perkara itu amat serius yang secara nyata mengundang campur tangan asing. Malah anaknya, Guan Eng juga seakan membayangkan DAP tidak bermasalah sekalipun wujud tindakan ketenteraan ke atas negara ini. Apakah anda sebagai Ahli Parlimen Malaysia rela dengan campur tangan seperti itu,” katanya dalam satu kenyataan media.

Hishamuddin berkata, jika perkara itu benar, sikap Kit Siang tersebut merupakan satu pengkhianatan kepada negara dan kecurangan itu perlu diberi perhatian serius oleh rakyat dan pihak berkuasa Malaysia.

Beliau dalam pada itu berpandangan Kit Siang sebenarnya berada dalam dilema kerana Mahathir yang pernah menjadi musuh ketatnya kini adalah sekutu akrabnya dalam menerajui Pakatan Harapan.

Malah, katanya, Kit Siang seakan terkedu apabila hanya mendiamkan diri berhubung skandal matawang asing yang berlaku pada tahun 1992 atas Bank Negara Malaysia sedangkan ketika itu beliau paling menyinga untuk mendakwa Mahathir.

“Isu itu belum selesai hingga 20 tahun selepas itupun iaitu pada tahun 2012 lalu, Kit Siang masih mengulangi penegasannya untuk siasatan tetap diadakan.

“Tiba-tiba sekarang beliau bukan sahaja seperti telah ‘mensucikan’ Mahathir, malah sering dilihat bersama merancang pembahagian kedudukan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri andai Pakatan Harapan berkuasa memerintah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DPPMHishamuddin Abdul KarimLim Kit Siang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

04/07/2023
0

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju negara, kata pemimpin DAP itu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd