• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaum Ibu Pukul Perogol Kanak-Kanak Beramai-Ramai

oleh Ahmad Albab
05/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASAKAN… Seorang lelaki yang didakwa merogol seorang kanak-kanak telah diikat dan dipukul oleh beberapa wanita dalam kejadian yang dipercayai berlaku di India.

Video rakaman yang menunjukkan lelaki itu dipukul telah dimuat naik dalam LiveLeak dan telah ditonton lebih 23,000 kali.

Lelaki itu dipukul bergilir-gilir oleh wanita terbabit dengan menggunakan galah panjang malahan dia juga tidak melawan ketika dipukul.

Maklumat lanjut mengenai kejadian itu tidak diketahui namun video berkenaan berakhir dengan anggota polis terpaksa masuk campur.

Kaum Ibu Pukul Perogol Kanak-Kanak Beramai-Ramai

Serangan seksual menjadi isu utama di India di mana berpuluh-puluh ribu kes dilaporkan berlaku setiap tahun.

Pada 2015, sebanyak 34,000 kes rogol dilaporkan di seluruh negara itu dan jumlah berkenaan semakin meningkat manakala pada 2104 pula, sebanyak 14,000 kes rogol melibatkan mangsa kanak-kanak dilaporkan.

Kes paling popular dalam sejarah di India ialah melibatkan seorang penuntut universiti, Jyoto Singh, yang dirogol beramai-ramai di dalam sebuah bas yang sedang bergerak pada 2012.

Penjenayah turut memukulnya dengan besi dan dia meninggal dunia selepas dua minggu dirawat di sebuah hospital akibat kecederaan dalaman.

Kes ini telah mencetuskan kemarahan seluruh negara dengan protes diadakan bagi menuntut supaya undang-undang diperketatkan agar pelaku kes rogol dikenakan hukuman berat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kes pukulPerogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengawal Keselamatan Ada HIV, Kanser Darah Dihukum Penjara, Sebat Kerana Rogol OKU

Pengawal Keselamatan Ada HIV, Kanser Darah Dihukum Penjara, Sebat Kerana Rogol OKU

28/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di...

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd