• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Perlu Tampil Buat Laporan Jika Kena Buli

oleh Ahmad Albab
05/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Guru yang menjadi mangsa buli pelajar mereka perlu tampil membuat laporan kepada pihak pengurusan sekolah bagi membolehkan satu panel siasatan ditubuhkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pelakunya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata laporan itu perlu bagi membolehkan panel berkenaan menyiasat kesahihan perkara tersebut serta mengambil tindakan untuk menggelakkannya daripada berulang.

“Kalau guru enggan membuat laporan polis, mereka disaran agar membuat laporan kepada pihak pengurusan sekolah supaya pihak ketiga dalam sistem pendidikan boleh jalankan siasatan lanjut mengenai punca berlakunya kejadian buli melibatkan guru.

“Kita hendak cari penyelesaian terbaik dan mungkin ada bukti murid-murid melakukan perkara tersebut, maka tindakan seperti kaunseling boleh dilakukan bagi mencegah gejala buli daripada terus berleluasa dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya kepada Bernama pada majlis pelancaran Bulan Kecergasan ‘Fit For Life’ di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai di sini hari ini.

Kamalanathan berkata pihaknya sedia maklum terdapat segelintir guru yang enggan membuat sebarang laporan berhubung pelajar membuli guru kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarga masing-masing.

Kamalanathan berkata kejadian buli terhadap guru boleh berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk peras ugut dan kenderaan dirosakkan selepas mereka menegur pelajar yang terbabit dengan masalah disiplin.

Selain itu, katanya wujud juga kebimbangan dalam kalangan guru akan hukuman yang bakal dikenakan terhadap pelajar terbabit sekiranya laporan dibuat kepada pihak polis atau pengurusan sekolah.

Bagaimanapun Kamalanthan berkata laporan tersebut bukanlah bertujuan menghukum pelajar terbabit sebaliknya memberi kefahaman kepada pelajar mengenai peranan guru-guru di sekolah sama seperti ibu bapa yang ingin mendidik anak-anak menjadi cemerlang dan bangsa berjaya.

Persatuan Penguna Pulau Pinang (CAP) sebelum ini mendedahkan kalangan guru turut menjadi mangsa buli pelajar bermasalah di sekolah sekali gus menyumbang kepada peningkatan budaya gengsterisme di negara ini.

Sempena majlis pelancaran Bulan Kecergasan itu, seramai 535 pelajar dan 41 guru menyertai acara senamrobik.

Program selama sebulan itu memuatkan pelbagai aktiviti sukan dan riadah yang turut melibatkan masyarakat setempat seperti ibu bapa bagi menerapkan elemen perpaduan tanpa mengira usia, bangsa dan agama. – BERNAMA

Tags: Gurukes buli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd