• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangkitan Virus Rabies Di Serian Terkawal

oleh AK-47
03/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tiada kes positif virus rabies baharu dilaporkan di Sarawak dan setakat 2 Julai, jumlah kes yang disahkan masih tiga, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Prof Sim Kui Hian.

Sim, yang juga menteri yang menjalankan arahan memerhati bagi Jabatan Kesihatan Sarawak (SHD), berkata dari 1 April hingga 2 Julai 2017, jumlah terkumpul kes gigitan anjing di daerah Serian adalah 34 kes manakala bagi tempoh 29 Jun hingga 2 Julai lepas, SHD memantau rapi kes yang berlaku di Kampung Paon, Kampung Lebor, Kampung Remun dan Kampung Krait, kesemuanya dalam daerah Serian.

Beliau berkata pada 29 Jun, SHD menerima tiga notifikasi kes disyaki rabies dari daerah Serian dan pada 30 Jun, ketiga-tiga kes itu disahkan positif rabies.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata lapan pasukan kesihatan masih dalam proses untuk mengesan kes gigitan anjing dari rumah ke rumah.

“SHD juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Veterinar negeri bagi memastikan jangkitan virus rabies kepada manusia dapat dikawal dan tiada jangkitan seterusnya berlaku di luar kawasan itu,” katanya.​​​​​​​

Sim berkata pada masa sama, aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan dengan rabies dan langkah pencegahannya telah dilaksanakan kepada penduduk di kampung yang terjejas sama ada menerusi ceramah umum atau secara individu semasa aktiviti pengesanan kes.

Katanya kerajaan negeri akan membeli secepat mungkin vaksin rabies bernilai RM100,000 untuk kegunaan manusia bagi membantu SHD.

Sementara itu, SHD menasihati semua penduduk di daerah Serian terutamanya di kawasan yang terjejas dengan kes rabies positif supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak daripada dijangkiti.

Jabatan itu menasihati mereka yang digigit anjing supaya segera membasuh luka gigitan itu dengan air dan sabun yang banyak selain mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berhampiran.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Kuala Lumpur akan menghantar dua pengawainya ke Sarawak untuk membantu dalam mengawal penyakit itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Prof Sim Kui HianVirus Rabies
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sasaran 10,000 Anjing Disuntik Vaksin Anti-Rabies

21/01/2018
0

SIBU - Kementerian Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak mensasarkan sekurang-kurangnya 10,000 ekor anjing di Bahagian Sibu diberi suntikan anti-rabies pada...

Sampel Anjing 8 Daerah Negatif Rabies

01/08/2017
0

KUCHING - Sampel anjing yang dihantar dari lapan daerah di negeri ini untuk pemeriksaan di Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) didapati negatif....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd