• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Entulu, Subramaniam Diminta Jelaskan Syarat Lulus BM

oleh AK-47
03/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam akan diminta memberi penjelasan berhubung kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua menteri berkenaan akan diminta berbuat demikian pada mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini.

“Saya akan meminta Datuk (Seri Dr.) Subramaniam untuk membuat penjelasan mengenai kontroversi itu dan juga akan meminta menteri yang bertanggungjawab mengenai Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Joseph Entulu untuk memberi maklumat mengikut perspektif JPA,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media ketika melakukan kunjungan Hari Gawai Dayak di kediaman Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah di Taman BDC, Stampin di sini hari ini. Katanya, ia adalah bagi pencerahan terhadap isu yang menjadi polemik di akar umbi, terutama di kalangan pejuang-pejuang bahasa kebangsaan.

“Bagi saya, perkara ini seharusnya ditangani dengan fikiran terbuka dan kita harus mendengar penjelasan daripada kedua-dua menteri yang berkenaan supaya perkara ini tidak lagi dikontroversikan dan menjadi polemik terutama menjelang hari besar (pilihan raya) sehingga ia dimanipulasikan oleh pihak yang anti-establishment,” kata Ahmad Zahid.

Dalam perkara ini, saya memandang keputusan yang dibuat oleh JPA dan juga Jabatan Kesihatan bukan terhadap penjawat awam tetap tetapi terhadap penjawat awam secara kontrak dan itu sebabnya saya mahu pencerahan dapat dilakukan oleh kedua-dua menteri berkenaan,” tambahnya.

Terdahulu, ketibaan Timbalan Perdana Menteri serta rombongan diberi sambutan tradisi masyarakat Iban. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg serta menteri-menteri Kabinet negeri Sarawak. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd