• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Degil, Proses E-Kad Gagal – Mustafar

oleh Ahmad Albab
02/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kedegilan majikan untuk tampil buat pendaftaran disifatkan sebagai punca proses permohonan kad sementara atau ‘Enforcement Card’ (E-Kad) pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak capai matlamat seperti disasarkan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata hanya 23 peratus atau 161,056 PATI  didaftarkan sehingga 10 malam ini, iaitu dua jam sebelum tempoh akhir pendaftaran tamat pada 12 tengah malam.

Beliau berkata ia melibatkan 28,375 majikan dengan sebanyak 145,571 E-Kad dikeluarkan, jumlah yang jauh lebih rendah daripada sasaran asal 600,000 PATI.

“Adakah program ini gagal? Adakah itu sahaja jumlah PATI di luar sana? Kita anggap tidak berjaya sebab kedegilan majikan untuk tampil mendaftar.

“Kita telah memberikan masa secukupnya sejak 15 Februari lalu, malah hebahan melalui media juga dilakukan seacra berterusan bagi membolehkan majikan mengambil tindakan sewajarnya.

“Tetapi ia tidak digunakan seperti yang diharapkan,” katanya pada sidang media selepas meninjau operasi pendaftaran menjelang tempoh akhir proses itu di Ibupejabat Imigresen di sini, semalam.

Mustafar berkata jabatan itu juga mengadakan pertemuan dengan persatuan-persatuan majikan bagi memperincikan mengenai perkara itu.

Ia agar mereka dapat mengingatkan pihak yang berdaftar di bawahnya supaya mendaftarkan pekerja di bawah seliaan masing-masing.

“Walaupun hanya meletakkan syarat minimum iaitu proses pendaftaran E-Kad perlu diuruskan sendiri, tetapi ia tetap menjadi sesuatu yang terlalu sukar (buat mereka) kerana sifat suka menunggu sehingga saat akhir.

“Kenapa menjelang hari terakhir, begitu ramai majikan yang tampil untuk mendaftar pekerja masing-masing…pada kami, mungkin mereka beranggapan Jabatan Imigresen akan lanjutkan tempoh ditetapkan,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa Jabatan Imigresen tidak akan melanjutkan tempoh pendaftaran itu dan akan melaksanakan gerak gempur besar-besaran selepas tengah malam Sabtu.

Sehubungan itu, Mustafar mengingatkan majikan dan PATI agar tidak menyalahkan Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri atas tindakan yang akan diambil ke atas mereka kelak akibat sikap ambil mudah terhadap peluang yang diberikan itu.- BERNAMA

Tags: E-Kadmajikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

Majikan Diberi Tempoh Hingga 31 Mei Carum Pekerja

Majikan Diberi Tempoh Hingga 31 Mei Carum Pekerja

15/05/2024
0

SHAH ALAM - Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei ini untuk mendaftar dan mencarum pekerja mereka secara sukarela dengan Pertubuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd