• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpaskan Sindiket Curi Diesel Di Sekitar JB

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menumpaskan sindiket curi diesel di sekitar bandar raya ini dengan penahanan tiga lelaki di Taman Dewan Jaya dan Larkin, di sini, pada Isnin dan Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata penahanan dilakukan selepas polis bertindak atas maklumat berkaitan jenayah berkenaan.

“Penahanan pertama dilakukan pada 11.30 malam, Isnin lepas terhadap seorang lelaki berumur 36 tahun yang berada di dalam sebuah kereta Proton Perdana di hadapan sebuah rumah di Taman Dewan Jaya, di sini,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Taib berkata pemeriksaan mendapati nombor plat Proton Perdana tersebut adalah palsu dan sebenarnya adalah nombor plat sebuah kereta Peugeot 308.

Beliau berkata polis menahan lelaki terbabit bersama Proton Perdana berkenaan dan siasatan lanjut mendedahkan lelaki itu terlibat dalam beberapa kecurian diesel daripada tangki lori yang diletakkan pemiliknya di sekitar bandar raya ini.

Katanya, susulan penahanan berkenaan, polis kemudian berjaya menahan dua lagi lelaki di belakang sebuah bengkel kereta di Larkin, keesokan harinya, yang dipercayai turut terlibat dengan kegiatan sama.

“Polis menemui empat paket syabu di dalam seluar kedua-dua lelaki berumur 30 dan 34 tahun itu dan peralatan menyedut diesel berserta tangki simpanan minyak yang diletakkan di dalam sebuah kereta Proton Wira yang diubahsuai,” katanya.

Menurut Mohd Taib, polis turut menemui sebuah kereta Perodua Kembara dengan nombor plat kenderaan itu merupakan nombor palsu dan kereta itu dipercayai kereta yang pernah dilaporkan hilang di Kempas, di sini,sebelum ini.

Polis percaya ketiga-tiga lelaki terbabit aktif mencuri diesel sejak tahun lepas dan kemudian menjualnya pada harga RM450 bagi setiap 400 liter diesel kepada seorang lelaki yang masih bebas, katanya.

Beliau berkata kesemua mereka kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – BERNAMA

Tags: ACP Mohd Taib AhmadCuri Diesel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Lori ‘Tak Amanah’ Curi Diesel Majikan, Jual Kepada Sindiket Pada Harga Murah – KPDN

Pemandu Lori ‘Tak Amanah’ Curi Diesel Majikan, Jual Kepada Sindiket Pada Harga Murah – KPDN

09/08/2025
0

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membongkar kegiatan pemandu lori yang mencuri diesel milik syarikat tempat...

12 Warga Indonesia Diburu Kes Kecurian Diesel RM4.86 Juta

21/12/2021
0

JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sedang giat memburu 12 suspek warga Indonesia untuk membantu siasatan kes 1.8...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd