• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Letupan Gegar Stesen Tren Brussels, Suspek Ditembak

oleh
22/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BRUSSELS – Beberapa askar Belgium berjaya menembak mati seorang suspek setelah satu letupan menggegarkan stesen tren di sini lewat Selasa dalam serangan pengganas terbaharu melanda Eropah.

Para saksi berkata bahawa suspek itu berteriak “Tuhan Maha Besar!” sebelum mencetuskan letupan itu. Media tempatan menyatakan individu itu juga mengaktifkan sebuah tali pinggang yang boleh diletupkan.

Pihak berkuasa Belgium mendedahkan tiada mangsa dilaporkan, selain penyerang yang maut dalam insiden itu. Para penumpang yang kelihatan menangis ketakutan turut segera dipindahkan dari stesen berkenaan.

Bandar raya itu yang menjadi tuan rumah kepada ibu pejabat Kesatuan Eropah (EU), dilanda serangan lebih setahun setelah beberapa pengebom nekad menyerang lapangan terbang dan sistem kereta api di bandar tersebut.

“Ini disifatkan sebagai serangan pengganas,” kata jurucakap pejabat pendakwa persekutuan, Eric Van Der Sypt di sidang media di luar stesen Gare Centrale yang dikepung pihak polis dan tentera setelah berlakunya letupan.

Insiden di Belgium kebetulan sehari selepas seorang lelaki merempuh jemaah Islam di luar masjid di London, dan seorang individu radikal merempuh dengan sebuah kereta padat senjata ke arah sebuah van polis di Paris.

Brussels terus berwaspada sejak beberapa insiden pengebom bunuh diri nekad menyerang lapangan terbang dan sistem kereta api bandar itu pada Mac 2016, yang menyebabkan 32 orang maut dan beratus-ratus lain cedera.

Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut, yang dijalankan oleh kumpulan sama berpangkalan di Brussels, malah mendalangi serangan di Paris pada November 2016, dengan 130 orang dilaporkan maut.

Van Der Sypt mendedahkan pada sekitar 1830 GMT (2.30 pagi waktu Malaysia Rabu) terdapat laporan “letupan kecil di Central Station di Brussels” kira-kira empat jam sebelum umat Islam di ibu kota Belgium itu berbuka puasa.

“Suspek itu ditangkap oleh pihak tentera yang berada di tempat kejadian sejurus selepas letupan berkenaan,” kata jurucakap tersebut. “Dia sudah meninggal dunia.” Tiada lagi mangsa lain dilaporkan, menurut Van Der Sypt.

Insiden berkenaan berlaku selepas waktu sibuk, tetapi beratus-ratus penumpang tetap dipindahkan dari salah sebuah stesen paling sibuk di Belgium. Grand Place, iaitu sebuah tarikan pelancong utama, turut dikosongkan.

“Orang ramai menangis, dan juga terpekik,” kata Elisa Roux, seorang jurucakap bagi syarikat kereta api SNCB Belgium. Foto menerusi media sosial menunjukkan bebola api marak di sebuah dewan ketibaan bawah tanah.

“Saya turun ke tingkat mezzanine, seseorang sedang menjerit. Kemudian dia berteriak ‘Tuhan Maha Besar’ dan meletupkan sebuah troli,” kata Nicolas Van Herrewegen, seorang ejen pengendalian kereta api tersebut.

“Saya berada di belakang tembok apabila ia meletup. Saya turun dan memaklumkan rakan sekerja saya untuk memindahkan orang ramai. Suspek masih berada di tempat tersebut tetapi kami tidak melihatnya selepas itu.”

Herrewegen menggambarkan suspek berkenaan sebagai bertubuh sasa dan berambut pendek sambil berkata: “Ia bukan satu letupan yang benar-benar besar tetapi impaknya agak besar. Orang ramai lari bertempiaran.”

Beliau mendakwa suspek mengenakan sehelai kemeja T putih dan seluar jeans. “Saya ternampak dia ada sesuatu pada badannya kerana saya dapat melihat beberapa wayar, jadi ia mungkin jaket bom,” kata Van Herrewegen.

Para pendakwa memberitahu portal berita tempatan Libre Belgique bahawa individu berkenaan sedang membawa beg galas dan tali pinggang yang boleh diletupkan, sebelum berjaya ditembak oleh pasukan keselamatan.

Laporan berkenaan juga mendedahkan bahawa suspek itu memang sengaja meletupkan tali pinggang dipakainya tersebut sebaik sahaja perhatian tentera mula tertumpu kepada dirinya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BelgiumEropah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

16/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melancong ke Eropah melalui India akan dikenakan saringan tambahan oleh pihak berkuasa sempadan Eropah sebelum...

Pemandu Lori Miliki 16 Rekod Jenayah Ditahan Curi Kabel TM

Belgium Ikrar Sokong Kes Genosid Difailkan Terhadap Israel

21/01/2024
0

BRUSSELS - Belgium berikrar menyokong sepenuhnya kes yang difailkan oleh Afrika Selatan yang menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd