• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Kantoi Sate Ayam Sebenarnya Daging Anjing

oleh AK-47
21/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA anda pernah berkunjung ke pusat peranginan terkenal Indonesia, Bali dan pernah menjamah sate ayam yang dijual di tepi-tepi jalan di sana, jangan terkejut jika mengetahui kenyataan bahawa anda sebenarnya telah termakan daging anjing.

Menurut satu laporan yang didedahkan oleh badan bebas, Animals Australia baru-baru ini, peniaga sate ayam di sana kantoi sebenarnya menggunakan daging anjing sebagai bahan asasnya.

Dalam penyiasatan yang dilakukan sebuah badan bebas, mereka mendapati berlaku penjualan daging anjing secara haram di kawasan tersebut.

Anjing-anjing tersebut dikatakan dilayan teruk bila mana diracun, dicekik sehingga mati sebelum daging mereka dilapah untuk dijadikan sate.

Makan daging anjing adalah sah di Indonesia tetapi membunuh binatang dengan cara kejam diletakkan racun adalah salah di sisi undang-undang.

Pengarah kempen Animals Australia, Lyn White memberitahu ABC, “Penjualan daging anjing melanggar akta penderaan binatang serta akta keselamatan makanan.”

Dalam sebuah video yang dirakam secara curi-curi oleh wartawan yang menyamar, seorang peniaga sate di kawasan tumpuan pelancong itu mengakui dia menjual daging anjing.

Tapi bila dia dihampiri sekumpulan pelancong dari Australia, dia menipu dengan menyatakan sate yang dijualnya itu adalah sate ayam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BaliSate
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancong Terkejut Jumpa ‘Air Terjun’ Berbau Najis Di Pantai Bali – Ada Yang Mandi Disitu

Pelancong Terkejut Jumpa ‘Air Terjun’ Berbau Najis Di Pantai Bali – Ada Yang Mandi Disitu

05/12/2025
0

PULAU BALI – Tular sebuah video memaparkan detik seorang pelancong terkejut menemui ‘air terjun’ berbau busuk seperti kumbahan manusia ketika...

Kedutaan Malaysia Siasat Dakwaan Seorang Warganegara Antara Mangsa Feri Karam Di Bali

Kedutaan Malaysia Siasat Dakwaan Seorang Warganegara Antara Mangsa Feri Karam Di Bali

06/07/2025
0

PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesahkan maklumat kemungkinan seorang warganegara Malaysia terbabit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd