• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Khas Pasar Tani Pra-Syawal Tawar Penjimatan

oleh Ahmad Albab
18/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang membeli barangan keperluan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan potongan harga antara lima hingga 20 peratus menerusi Jualan Khas Pasar Tani Pra-Syawal di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata jualan khas anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu melibatkan 344 Pasar Tani terpilih dan akan beroperasi bermula hari ini sehingga 24 Jun.

“Jualan khas ini mampu menjadi ruang alternatif untuk pengguna memilih barangan seperti ayam, daging, ikan dan sayur yang segar serta berkualiti dan harga yang berpatutan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jualan khas berkenaan di Pasar Tani Bukit Angkasa, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Tambah Ahmad Shabery, FAMA turut memberi jaminan bekalan komoditi keperluan Hari Raya mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri kelak.

“Insya-Allah, bekalan makanan yang dikaitkan dengan musim perayaan ini mencukupi kerana ia antara perkara yang ditegaskan pihak FAMA,” katanya.

Selain itu, beliau berkata setakat April tahun ini, sebanyak 678 Pasar Tani telah beroperasi melibatkan 29,152 peserta Pasar Tani di seluruh negara dengan nilai jualan RM285 juta. – BERNAMA

Tags: FAMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd