• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Johor Buka 15 Pasar Tani Khas Pra-Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
18/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAK – Lima belas Pasar Tani Pra-Aidilfitri dibuka di seluruh negeri Johor bermula 21 hingga 24 Jun bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan keperluan untuk sambutan Aidilfitri.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Ismail Mohamed berkata pasar tani khas itu dibuka bagi memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan pada harga lima hingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

“Seramai 290 usahawan terlibat di 15 lokasi Pasar Tani Khas Pra-Aidilfitri di 10 daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Batu Pahat, Segamat, Muar dan Tangkak yang dijadual beroperasi seawal 7 pagi.

“Kira-kira 500,000 biji kelapa dan 15,200 ekor ayam serta 120 ekor lembu dipasarkan pada operasi jualan di kesemua pasar tani khas berkenaan kerana bila tiba musim perayaan, permintaan daripada pengguna untuk kedua-dua bahan mentah itu akan meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran pasar tani khas berkenaan peringkat negeri di Kompleks Pasar Tani Kekal, Bukit Gambir di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor Zainal Abidin Yang Razalli dan Pegawai FAMA Tangkak Rahim Md Diah.

Pada majlis itu Ismail turut menyampaikan sumbangan kepada 22 pelajar kurang upaya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir di sini.

Beliau berkata jumlah kelapa yang dipasarkan itu merupakan sebahagian daripada bekalan kelapa import di seluruh negara yang sehingga Mei lepas adalah sebanyak 13 juta biji dan dijangka mencecah 17 juta biji menjelang Aidilfitri.

Menurut beliau bekalan sayur-sayuran juga dijangka mencukupi sepanjang bulan Ramadan sehingga Syawal dan pengeluaran komoditi utama seperti cili merah dan kacang panjang di Johor dilihat konsisten dengan pengeluaran purata sebanyak 800 metrik tan (MT) dan 1,500 MT sebulan.

Katanya dengan adanya pasar tani khas itu, orang ramai mempunyai pelbagai pilihan tempat bagi mendapatkan keperluan mereka serta boleh membuat perbandingan harga sekali gus mengelakkan manipulasi harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. – BERNAMA

Tags: FAMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd