• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kita Bagi Masa” – KJ Ulas Prestasi Harimau Malaya

oleh AK-47
18/06/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin optimis bahawa masa depan skuad Harimau Malaya akan kembali gemilang di bawah kendalian ketua jurulatih, Nelo Vingada serta kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau berkata Vingada baharu sahaja mengendalikan skuad kebangsaan dalam tempoh masa yang singkat, dan tidak adil untuk menilai prestasi skuad kebangsaan hanya selepas satu kekalahan dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019, Selasa lepas.

“Saya telah menonton perlawanan itu sepenuhnya di tv, dan saya melihat bahawa kalau kita ambil separuh masa pertama sebagai contoh, kita melihat banyak perubahan yang positif. Satu permainan yang kemas, tenang, organisasi yang baik dan disiplin yang tinggi.

“Ini menggambarkan masa depan pasukan kebangsaan kita. Sudah pasti kalau tengok dari segi keputusan pun, Lubnan ini satu pasukan yang ranking jauh lebih tinggi dari pasukan kebangsaan kita.

“Ini satu keputusan yang baik sebab kita menghampiri keputusan seri sampai ke saat yang terakhir. Jadi kita perlu positif dalam perkara ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui selepas meninjau persiapan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjelang temasya Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN ke-9 (KL 2017) di sini.

Justeru, Khairy meminta agar peminat bola sepak tanah air dan media agar tidak membuat kesimpulan terlalu awal yang mengatakan bahawa skuad kebangsaan mahupun jurulatih serta FAM telah gagal.

“Perubahan itu tidak datang dengan cepat dan mudah. Kita bagi masa. Saya positif daripada perlawanan pertama pasukan kita di bawah jurulatih yang baharu,” katanya.

Skuad Harimau Malaya yang berada di ranking ke-155, gagal memanfaatkan perlawanan di gelanggang sendiri apabila tewas 1-2 kepada Lubnan yang menduduki ranking ke-135, di Stadium Larkin, Johor Bahru, Selasa lepas.

Pada perlawanan kumpulan B itu, Mahali Jasuli meletakkan pasukan negara di hadapan pada minit ke-43 sebelum pemain gantian Lubnan, Rabih Ataya meledak dua gol pada minit ke-79 dan masa tambahan untuk mengesahkan kemenangan Lubnan.

Sementara itu, mengenai perkembangan positif skuad Bawah 22 (B-22) ketika menghadapi tiga perlawanan persahabatan di China, Khairy berharap para pemain dapat mengekalkan momentum mereka sehingga ke pertandingan sebenar acara bola sepak Sukan SEA membuka tirai.

“Kita ada dua bulan lagi… dan yang penting, adalah pemain sampai kepada kemuncak prestasi pada temasya Sukan SEA nanti,” katanya.

Pada aksi persahabatan pertama menentang B-22 China di Xiangtan Sabtu lepas, skuad Projek Sukan SEA 2017 kendalian Datuk Ong Kim Swee kalah 1-0 sebelum mengikat pasukan simpanan kelab Liga Super China, Guangzhou R&F FC 2-2 pada Selasa.

Skuad B-22 negara meraih kemenangan 3-0 ke atas skuad simpanan Guangzhou Evergrande pada aksi persahabatan terakhir semalam.

Pasukan B-22 akan beraksi dalam perlawanan kelayakan Bawah 23 Tahun AFC pada 15-23 Julai sebelum temasya Sukan SEA pada 19-30 Ogos nanti. – BERNAMA

Tags: Harimau MalayaKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd