• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Temasya #Selangor15 Raikan 100 Hari Azmin Jadi MB

oleh AK-47
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Selangor akan mengadakan Temasya #Selangor15 dari 26 hingga 31 Disember 2014, sempena 100 hari Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Selangor15

Acara yang dianggap penting dalam kalendar negeri Selangor itu akan terdiri daripada tiga program.

“Ia termasuk Sambutan Ambang Tahun Baru 2015, Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2015 dan Sambutan 100 Hari Pentadbiran Menteri Besar sendiri,” kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran #Selangor15, Amirudin Shari dalam satu kenyataan hari ini.

MENARIK – MB Azmin Turun Padang, Bersihkan Kawasan Aedes Di Gombak

Azmin mengangkat sumpah jawatan sebagai MB Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pada 23 September lalu.

Pelantikan beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu, sekaligus mengakhiri krisis pelantikan MB yang jadi polemik nasional.

Amirudin berkata, temasya itu dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Jawatankuasa Tetap Pelancongan dengan kerjasama PKNS Real Estate Sdn Bhd dan Tourism Selangor Sdn Bhd.

“Mengambil inspirasi pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikan Shah Alam sebagai Kota Seni yang moden, maka Temasya #Selangor15 akan diadakan di SACC Mall, SACC Convention Centre, Kompleks PKNS Shah Alam dan kawasan sekitarnya.

“Pelbagai aktiviti telah direncanakan meliputi aspek kesenian dan kebudayaan seperti pameran kesenian, pertandingan grafiti, lukisan jalanan dan buskers.

“Begitu juga dengan aktiviti sukan seperti Larian SelangorPlus 5 kilometer (km), Pertandingan Muay Thai dan sesi memperkenalkan para pemain Selangor FA bagi Liga Super 2015,” jelasnya.

Temasya itu juga jelasnya, akan mempromosikan pelancongan Selangor yang disertai oleh syarikat-syarikat perhotelan dan agensi pelancongan.

“Kemuncak Temasya #Selangor15 ini akan diakhiri dengan Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2015 dan Sambutan Ambang Tahun Baru 2015 yang akan disempurnakan Mohamed Azmin,” katanya.

Angka 15 juga, signifikan kepada Azmin yang merupakan MB Selangor ke-15.
– MYNEWSHUB.CC

Video Ucapan Azmin Pada Sambutan Deepavali 2013 

http://youtu.be/4uhlgT4wXGw

Tags: Azmin Alipolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

10/09/2026
0

SAHABAT orang Melaka kata Penyatuan Ummah bukan payah ‘benau’. UMNO dan PAS umum sahaja jalin kerjasama politik, maka terjadilah Penyatuan...

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd