• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanis Zalikha: Sayang Anak, Jangan Lupa Cucuk!

oleh AK-47
15/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA tak kenal Si Cilik Meletop, Yusof Iskandar ni kan. Kecomelan dan keletah permata hati pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini selalu mencuit hati pengikut Instagramnya yang kini sudah pun mencecah angka 1.5 juta.

Seperti kebanyakan ibu-ibu di luar sana, Hanis pun tidak ketinggalan memberikan yang terbaik buat si comel kesayangannya itu.

Dan salah satu aspek yang diberi perhatian oleh Hanis ialah suntikan imunisasi buat Yusof agar putera sulungnya itu terhindar daripada segala penyakit berbahaya.

Dalam perkongsian itu, Hanis berkata, jika culas mengambil suntikan imunisasi, bayi berkemungkinan menghidap penyakit seperti tibi, campak, beguk, rubella dan kancing gigi.

Penyakit-penyakit berjangkit ini kerap menyerang kanak-kanak dan mempunyai komplikasi yang serius berbanding penyakit-penyakit lain.

Bak kata Hanis, anak dan keluarga adalah amanah Allah, jagalah mereka dan secara tidak langsung kita turut menjaga kesejahteraan masyarakat sejagat.

I love my family. Semua orang sayangkan keluarga mereka. Hancur hati Mommynis bila baca dan lihat bayi dan anak-anak kecil terkena penyakit yang sepatutnya boleh dicegah dengan imunisasi. Apatah lagi penyakit yang telah lama terhapus, kemudian kini wujud kembali kerana ada yang memilih untuk tidak berikan suntikan imunisasi anak-anak. Anak dan keluarga adalah amanah Allah. Jagalah mereka dan secara tidak langsung kita menjaga kesejahteraan masyarakat. / Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi merupakan penyakit berjangkit yang boleh mengakibatkan morbiditi yang tinggi, mortaliti (kematian) dan risiko samada penyakit itu dapat dirawat atau tidak. Antaranya penyakit tibi, measles (campak), mumps (beguk), rubella, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), chicken pox (cacar), Japanese encephalitis dan lain-lain. Penyakit-penyakit berjangkit ini kerap menyerang kanak-kanak dan mempunyai komplikasi yang serius berbanding penyakit-penyakit lain. #JanganLupaCucuk #LengkapkanImunisasi #PleaseIBegYou Jom lindung orang yang sangat berharga.

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on Jun 13, 2017 at 11:13pm PDT

“Hancur hati Mommynis bila baca dan lihat bayi dan anak-anak kecil terkena penyakit yang sepatutnya boleh dicegah dengan imunisasi. Apatah lagi penyakit yang telah lama terhapus, kemudian kini wujud kembali kerana ada yang memilih untuk tidak berikan suntikan imunisasi anak-anak,” tulis aktres berusia 27 tahun ini menerusi gambar yang sudah menerima lebih daripada 94,000 likes itu.

Oleh itu, buat ibu bapa muda di luar sana, jangan lupa beri suntikan imunisasi untuk si kecil anda agar terhindar segala penyakit berbahaya. Jangan sesekali abaikan aspek penting ni ya!

Jangan lupa cucuk #lengkapkanimunisasi – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hanis ZalikhaImunisasikesihatanpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd