• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APM Sabah Terima Lima Lori, Bot Bernilai RM4 Juta

oleh Ahmad Albab
14/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah hari ini menerima lima lori 5 tan dan sebuah bot pelbagai guna jenis Amphibious Sealegs bagi memperkukuh lagi gerak kerja jabatan itu dalam pengurusan serta operasi menyelamat dan menghadapi bencana alam.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wariman berkata aset dan logistik baharu sumbangan kerajaan Persekutuan yang bernilai lebih kurang RM4 juta itu berupaya meningkatkan lagi kelancaran dan keupayaan mobility sekali gus memastikan pengoperasian bencana seperti banjir dilakukan secara lebih efisien.

“Bagi pihak kerajaan negeri dan JPBN Sabah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas penyediaan aset yang penting ini. Saya yakin aset dan logistik ini akan dapat membantu memudahkan lagi kerja-kerja mengurus bencana banjir dan mangsa-mangsa terlibat,” katanya.

Beliau menyerahkan kesemua aset terbabit kepada lima daerah iaitu Kota Kinabalu, Kudat, Keningau, Beaufort dan Tawau dalam sebuah majlis diadakan di sini, hari ini.

Sukarti yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah berkata walaupun lori dan bot berkenaan diserahkan kepada lima daerah terbabit, namun, aset itu boleh digunakan daerah berdekatan jika berlaku sebarang bencana atau musibah sama ada di darat, laut atau sungai.

Sementara itu, Pengarah APM Sabah Kolonel (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata dengan penambahan aset dan logistik baharu itu, APM Sabah kini mempunyai 16 lori dan 46 bot.

APM Sabah akan menerima sebuah lagi bot dan 10 lagi lori masing-masing lima akan diserahkan selewat-lewatnya penghujung tahun dan lima lagi pada tahun depan, katanya. – BERNAMA

Tags: APM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Bunyi Atas Siling Terjawab, APM Tangkap ‘Suspek’ Dalam 15 Minit

Misteri Bunyi Atas Siling Terjawab, APM Tangkap ‘Suspek’ Dalam 15 Minit

31/05/2026
0

KUALA SELANGOR – Misteri bunyi tapak kaki yang menghantui sebuah keluarga selama hampir dua minggu akhirnya terungkai apabila "suspek" yang...

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd