• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 100 Maut Ditimbus Tanah Runtuh Di Dhaka

oleh AK-47
15/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DHAKA – Hujan lebat yang menyebabkan kejadian tanah runtuh meragut sekurang-kurangnya 120 nyawa di mana kebanyakan mangsa tertimbus ketika sedang tidur di rumah masing-masing.

Polis turut menjangkakan peningkatan jumlah kematian apabila petugas kecemasan sampai ke kawasan terpencil di bahagian Bukit Chittagong di mana hubungan telefon dan jalan raya tersekat.

Menurut satu kenyataan rasmi, sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di kawasan Chittagong manakala enam orang lagi di Bandarban.

15 orang lagi dilaporkan hilang dan dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan lumpur, lapor AFP.

Kebanyakan mangsa adalah komuniti etnik miskin yang tinggal di kawasan berbukit terpencil di daerah Rangamati, berhampiran sempadan India di mana tanah runtuh menimbus ratusan buah rumah.

Salah seorang mangsa, Khatiza Begum ketika menceritakan detik cemas itu berkata, runtuhan yang berlaku pada tengah malam itu menyebabkan  mereka sekeluarga tercampak ke rumah jiran.

“Beberapa ahli keluarga lain turut mencari perlindungan di sini namun selepas waktu subuh sebahagian daripada bukit runtuh dan menimbus rumah. Enam orang masih lagi tidak ditemui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah berkenaan, Sayed Tariqul Hasan berkata, kebanyakan kes kejadian tanah runtuh berlaku sebelum subuh pada Selasa.

“Ada di antara mangsa sedang tidur di rumah mereka di kawasan lereng bukit itu ketika tanah runtuh berlaku,” katanya.

Susulan daripada kejadian itu, polis dan pihak berkuasa tempatan mengarahkan pemindahan ribuan penduduk yang tinggal di kawasan setinggan di kaki bukit di kawasan Chittagong. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bangladeshmauttanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd