• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Tarik Diri Daripada Anggotai Tourism Malaysia

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATA orang kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Ia mungkin ada kaitan dalam konteks kerajaan Sarawak tiba-tiba pada Isnin mengumumkan untuk tarik diri dari Lembaga Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) berkuatkuasa serta merta.

Ia dipercayai ekoran kehangatan isu cukai pelancongan bila mana Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz telah membidas Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Kontroversi itu timbul dalam reaksi Nazri terhadap kenyataan Abdul Karim yang menggesa agar cukai yang hendak dikuatkuasakan mulai 1 Ogos ditangguhkan.

Apapun kenyataan Pejabat Ketua Menteri Sarawak yang umum tarik diri dari Lembaga Pelancongan Malaysia tidak sentuh langsung hal berkenaan.

Dalam kenyataan ringkas ia cuma beri alasan keputusan itu diambil selepas kerajaan negeri memikirkan penyertaan itu tidak perlu kerana ia bertindih dengan fungsi Lembaga Promosi Pelancongan Sarawak.

Melihat keputusan ini dibuat sehari selepas kontroversi kenyataan Nazri, ada pemerhati yang menilai ia pasti ada kaitan dengan hal berkenaan.

Nazri ketika diminta wartawan ulas kenyataan Abdul Karim antara lain menyifatkan menteri Sarawak itu ‘setahun jagung’ dan tidak faham isu sebenar.

Beliau juga minta beliau tidak membangkitkan soal Perjanjian Malaysia dalam soal cukai pelancongan itu.

Katanya cukai itu tidak merampas hak Sarawak kerana kerajaan membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai cukai kerajaan persekutuan bagi mengelakkan kekeliruan.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Seri Fadillah Yusof anggap kenyataan Nazri kasar dan tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya menyifatkan label ‘setahun jagung’ terhadap Abdul Karim adalah satu penghinaan.

Cukai pelancongan yang akan dikuatkuasa mulai 1 Ogos mengenakan caj RM20 satu malam untuk hotel lima bintang, RM10 empat bintang, RM5 satu hingga tiga bintang dan RM2.50 untuk hotel satu hingga tiga orkid serta yang tidak ditarafkan.

Pelaksanaan cukai pelancongan akan memberi kesan secara langsung kepada pelancong apabila mereka perlu membayar lebih – sehingga RM20 untuk satu malam – bagi sebuah bilik hotel di seluruh negara.

Homestay tidak dikenakan cukai berkenaan yang diluluskan oleh sidang Parlimen yang lalu. – Agenda Daily

Tags: cukai pelancongansarawakTourism Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

Tular Dakwaan Letupan Misteri Di Laut Miri, Punca Sebenar Masih Disiasat

29/06/2026
0

Oleh Mynewshub  MIRI – Satu rakaman video memaparkan kepulan asap hitam tebal disusuli api marak di kawasan laut berhampiran Miri...

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd