SELAIN Fizo Omar dan Mawar, pelakon Ramona Zam Zam turut dikhabarkan dengan berita gembira pada bulan penuh rahmat ini apabila kini disahkan hamil anak sulung.
Berita gembira itu dikongsi Ramona menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik gambar imbasan kandungannya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian itu, Ramona, 27, turut memaklumkan dia kini sedang hamil tiga bulan.
Sementara itu, Ramona akui berita kehamilan itu ternyata membuatkan suaminya teruja dan gembira sehingga dia dilarang membuat kerja-kerja rumah seperti membasuh baju dan menyidai pakaian.
“Jujurnya saya seorang yang aktif tetapi apabila dilarang membuat sebarang kerja saya jadi tertekan sehingga menjadi seorang pemalas dan kerja saya hanya makan… haha.
“Membasuh, menyidai baju dan mengemas rumah semuanya suami lakukan kerana tidak mahu saya membuat sebarang kerja walaupun tugas itu bukannya susah sangat kalau saya hendak buat,” katanya yang terharu dengan keprihatian suaminya.
Ramona mendirikan rumahtangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015. Suami Ramona merupakan warganegara Palestin. – MYNEWSHUB.CC

